UPM Institutional Repository

Pengetahuan, pemahaman dan pengamalan etika kaunseling kerahsiaan dalam kalangan kaunselor pelatih prasiswazah di Universiti Putra Malaysia


Citation

Mohd Pauzi, Nurakmal Balqiyyah and Zakaria, Noor Syamilah (2015) Pengetahuan, pemahaman dan pengamalan etika kaunseling kerahsiaan dalam kalangan kaunselor pelatih prasiswazah di Universiti Putra Malaysia. In: Graduate Research in Education (GREDuc) 2015 Seminar, 20 Dec. 2015, Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia. (pp. 465-470).

Abstract

Kerahsiaan merupakan elemen yang menjadi teras utama dalam proses kaunseling yang dijalankan kerana ia boleh memberikan implikasi perundangan kepada pengamal kaunseling. Penyelewengan ke atas amalan etika kerahsiaan boleh disabitkan kepada pengamal kaunseling sekiranya jelas memberikan kemudaratan sama ada dari segi mental, fizikal dan emosi kepada klien. Kajian ini memfokuskan kepada pengetahuan, pemahaman dan pengamalan etika kaunseling kerahsiaan yang menjadi salah satu ukuran kompetensi professional dalam kalangan kaunselor pelatih prasiswazah di Universiti Putra Malaysia. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif yang mana pengumpulan data kajian melibatkan kaunselor pelatih prasiswazah di Universiti Putra Malaysia yang sedang menjalani praktikum kaunseling. Teknik pengumpulan data adalah berbentuk temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen.


Download File

[img] Text
GREduc2015-59.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (4MB)

Additional Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Divisions: Faculty of Educational Studies
Publisher: Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia
Keywords: Code of ethics; Confidentiality; Counseling ethics; Counselor trainee; Qualitative research
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 11 Feb 2019 03:52
Last Modified: 11 Feb 2019 03:52
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/66113
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item