Citation
Zakaria, Ezalinda and Zakaria, Noor Syamilah
(2015)
Penerapan teori semasa praktikum kaunselingdalam kalangan pelajarBacelor Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling).
In: Graduate Research in Education (GREDuc) 2015 Seminar, 20 Dec. 2015, Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia. (pp. 448-451).
Abstract
Perkhidmatan kaunseling yang berkesan ialah perkhidmatan yang bersandarkan kepada teori. Kefahaman dan amalan yang berlandaskan teori dapat memberi keyakinan dan hala tuju kepada kaunselor dalam menjalankan tugasan dan peranannya. Kaunselor juga dapat memberikan fokus kepada bantuan yang diberikan kepada klien melalui aplikasi teori yang tepat. Penggunaan teori dalam amalan kaunseling akan dapat membantu kaunselor dalam memberi sepenuh perhatian dan tenaga terhadap apa yang difikirkan menjadi punca dalam permasalahan yang dialami oleh klien. Teori kaunseling adalah aspek paling asas yang perlu difahami oleh setiap kaunselor. Tanpa pemahaman yang mendalam tentang teori kaunseling, proses menolong tidak mungkin dapat dijalankan dengan berkesan. Penggunaan teknik-teknik tersendiri yang terdapat di dalam setiap teori kaunseling dapat membantu proses penerokaan dan penyelesaian masalah bagi sebarang isu dengan lebih sistematik dan teraputik. Teori merupakan asas yang membolehkan kaunselor berupaya memberikan sesuatu pengalaman perkhidmatan kaunseling dengan lebih terperinci. Pemahaman serta amalan teori yang tepat akan dapat membantu mengawal pemikiran dan tindakan kaunselor agar dapat membuat penerokaan dan penilaian proses kaunseling dengan lebih berkesan. Praktikum kaunseling merupakan medium yang sangat baik untuk mengukur tahap pengetahuan, pemahaman, pengaplikasian dan penerapan teori kaunseling semasa sesi kaunseling sedang berlangsung. Semasa mengendalikan sesi kaunseling, pelajar bacelor pendidikan akan menggunakan pelbagai kemahiran-kemahiran asas dan lanjutan dalam kaunseling. Oleh itu, kajian kes interpretatif ini akan meneliti sejauh manakah pengetahuan, pemahaman, pengaplikasian dan penerapan teori kaunseling oleh para pelajar Bacelor Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling semasa menjalani praktikum kaunseling mereka di seting yang telah mereka pilih.
Download File
|
Text
GREduc2015-56.pdf
Restricted to Repository staff only
Download (4MB)
|
|
Additional Metadata
Item Type: |
Conference or Workshop Item
(Paper)
|
Divisions: |
Faculty of Educational Studies |
Publisher: |
Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia |
Keywords: |
Counseling theory; Counseling practicum; Counseling ethics practices; Counselor trainee; Qualitative research |
Depositing User: |
Nabilah Mustapa
|
Date Deposited: |
11 Feb 2019 03:47 |
Last Modified: |
11 Feb 2019 03:47 |
URI: |
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/66110 |
Statistic Details: |
View Download Statistic |
Actions (login required)
|
View Item |