Citation
Abu Saad, Hazizi
(2006)
Faktor Risiko Bagi Penyakit Kardiovaskular Dalam Kalangan Pengidap Diabetes Mellitus Jenis 2 Dan Individu Normal.
Doctoral thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Kajian kes kawalan telah dilakukan untuk menentukan faktor-faktor risiko
yang berkaitan dengan penyakit diabetes mellitus jenis 2 di kalangan peneroka
FELDA Gugusan Palong, Gemas, Negeri Sembilan. Subjek dipilih melalui
kaedah persampelan rawak kluster dan dipasangkan berdasarkan umur, jantina
dan etnik. Data yang dianalisis merangkumi 237 subjek diabetik dan 229
subjek bukan diabetik. Borang soal selidik telah dibentuk, diprauji dan
divalidasi. Pengambilan makanan telah dinilai melalui pengingatan diet 24 jam
untuk tiga hari (dua hari berkerja dan satu hari cuti) dan soal selidik kekerapan
pengambilan makanan. Pemeriksaan fizikal telah dijalankan tennasuklah
pengukuran ketinggian, berat, lilitan pinggang dan punggung, tekanan darah
sistolik (TDS) dan diastolik (TDD) serta kadar nadi. Nisbah pinggang
punggung (NPP) dan indeks jisim tubuh CUT) telah dikira. Sampel darah
berpuasa telah dipungut untuk menilai aras glukosa, profil lipid dan aras
antioksida. Faktor risiko yang dikaji merangkumi faktor sosiodemografi, faktor gaya hidup, profillipid, apolipoprotein (a-I), apolipoprotein (b), hs-CRP; aras
antioksida, faktor antropometri, tekanan darah dan kadar denyutan nadi.
Analisis statistik merangkumi ujian t, ujian khi kuasa dua, pengiraan nisbah
mungkin (OR) dan ujian regrasi logistik pelbagai telah dilakukan
menggunakan perisian SPSS versi 12.0.
Basil kajian menunjukkan risiko diabetes yang dikira berdasarkan OR kasar di
ka1angan responden lelaki, didapati signifikan bagi faktor sosiodemografi yang
terdiri daripada umur yang meningkat (OR 2.50, 95% CI 1.37,4.54), rendah
jumlah pendapatan (OR 2.82, 95% CI 1.57,5.05) dan tahap pendidikan yang
rendah (OR 2.26, 95% CI 1.11,4.60). IJT yang tinggi (OR 2.62, 95% CI
1.44,4.79), tinggi lilitan pinggang (OR 2.81, 95% CI 1.12,7.05) dan TDS yang
tinggi (OR 1.91, 95% CI 1.06,3.46) juga didapati secara signifikan berkaitan
dengan peningkatan risiko diabetes. Bagi pembolehubah biokimia pula, tinggi
hs-CRP (OR 2.01, 95% CI 1.10,3.66) dan apolipoprotein (b) yang tinggi (OR
5.13, 95% CI 2.13,12.38) didapati juga mempunyai perkaitan dengan risiko
diabetes. Tahap aktiviti fizikal yang rendah (OR 3.65, 95% CI 1.54,8.69),
pengambilan serabut diet yang rendah (OR 3.55, 95% CI 1.84,6.83) dan
pengambilan lemak yang tinggi (OR 2.06,95% CI 1.16,3.67) merupakan faktor
gaya hidup yang mempunyai kaitan dengan risiko diabetes. Manakala tinggi
tahap apolipoprotein (a-I) (OR 0.49,95% CI 0.26,0.90), tinggi plasma vitamin
A (OR 0.33, 95% CI 0.15,0.74), tinggi plasma vitamin C (OR 0.25, 95% CI
0.13,0.50) dan plasma selenium yang tinggi (OR 0.37, 95% CI 0.17,0.82)
merupakan faktor pelindung kepada risiko diabetes.OR kasar telah dianalisis berdasarkan jantina. Di kalangan subjek perempuan,
faktor sosiodemografi yang mempunyai perkaitan dengan risiko diabetes
adalah peningkatan umur (OR 1.37, 95% CI 1:05,1.79), rendah jumlah
pendapatan (OR 4.72, 95% CI 2.81,7.91) dan tahap pendidikan yang rendah
(OR 3.05, 95% CI 1.46,6.40). Lilitan pinggang yang tinggi (OR 2.43, 95% CI
1.70,3.48), NPP yang tinggi (OR 2.61, 95% CI 1.93,3.55), tinggi TDS (OR
1.61,95% CI 1.02,1.58) dan kadar denyutan nadi yang tinggi (OR 1.50, 95%
CI 1.13,2.00) juga didapati meningkatkan risiko diabetes. Manakala
pembolehubah biokimia pula terdiri daripada plasma lipoprotein kolesterol
berdensiti tinggi (HDLC) yang rendah (OR 3.54, 95% CI 1.83,6.90) dan
apolipoprotein (b) yang tinggi (OR 5.93, 95% CI 2.61,13.83). Tahap aktiviti
fizikal yang rendah (OR 1.35, 95% CI 1.05,1.75) dan pengambilan serabut
yang rendah (OR 1.36, 95% CI 1.09,1.70) juga didapati mempunyai perkaitan
yang signifikan dengan peningkatan risiko diabetes. Manakala rendah
pengambilan natrium (OR 0.66, 95% CI 0.47,0.92), tinggi tahap apolipoprotein
(a-I) (OR 0.56, 95% CI 0.39,0.82), serta tinggi plasma vitamin A (OR 0.41,
95% CI 0.27,0.62), plasma vitamin C (OR 0.64,95% CI 0.52,0.80) dan plasma
selenium (OR 0.81,95% CI 0.66,0.99) merupakan faktor pelindung bagi risiko
diabetes di kalangan subjek perempuan.
OR terlaras telah diperolehi daripada ujian regrasi logistik pelbagaL Analisis
telah menunjukkan beberapa faktor risiko didapati signifikan di dalam
meramalkan risiko diabetes. Di kalangan lelaki, pembolehubah yang didapati
berpengaruh di dalam meramalkan risiko diabetes adalah jumlah pendapatan yang rendah (OR 5.38, 95% CI 2.00,14.47), rendah tahap aktiviti fizikal (OR
4.71,95% CI 1.41,15.73), tahap apolipoprotein (b) yang tinggi (OR 4.22,95%
CI 1.37,13.05), tahap pendidikan yang rendah (OR 3.36,95% CI 1.17,9.63),
kadar denyutan nadi yang tinggi (OR 3.28, 95% CI 1.31,8.22), lilitan pinggang
yang tinggi (OR 2.65, 95% CI 1.14,6.15) dan pengambilan serabut diet yang
rendah (OR 2.36, 95% CI 1.03,5.40). Peratusan kalori daripada karbohidrat
yang tinggi (OR 0.38,95% CI 0.17,0.83), serta plasma vitamin A (OR 0.19,
95% CI 0.06,0.57), plasma vitamin C (OR 0.28, 95% CI 0.10,0.72), dan plasma
selenium yang tinggi (OR 0.26,95% CI 0.09,0.77) merupakan faktor pelindung
bagi risiko diabetes bagi responden lelaki.
Bagi responden perempuan, tinggi NPP (OR 6.31, 95% CI 3.09,12.87), tinggi
kadar denyutan nadi (OR 6.24, 95% CI 2.02,19.33), rendah jumlah pendapatan
(OR 3.68,95% CI 1.80,7.51), rendah HDLC (OR 3.68,95% CI 1.80,7.51) dan
TDD yang tinggi (OR 2.31, 95% CI 1.12,4.75) didapati signifikan sebagai
faktor yang meningkatkan risiko diabetes manakala tinggi plasma vitamin A
(OR 0.31,95% CI 0.14,0.68), plasma vitamin C (OR 0.15, 95% CI 0.06,0.36)
dan plasma selenium (OR 0.04,95% CI 0.01,0.16) merupakan faktor pelindung
kepada risiko diabetes.
Secara ringkasnya, kajian ini telah menunjukkan beberapa faktor risiko dan
faktor pelindung yang signifikan dengan penyakit diabetes bagi subjek lelaki
dan perempuan. Faktor sosioekonomi yang rendah adalah merupakan antara
faktor utama yang meningkatkan risko diabetes. Manakala plasma antioksida seperti vitamin A, C dan selenium didapati berperanan sebagai faktor
pelindung .kepada risiko diabetes di kalangan responden kajian. Faktor
pemakanan terpenting yang didapati meningkatkan risiko diabetes adalah
pengambilan serabut diet yang rendah dan peratusan kalori daripada
karbohidrat yang tinggi namun begitu ianya hanya signifikan di kalangan
lelaki. Manakala kadar denyutan nadi yang rendah didapati meningkatkan
risiko diabetes di kalangan lelaki dan perempuan. Tekanan .darah yang tinggi,
rendah tahap HDLC dan NPP yang tinggi didapati meningkatkan risiko
diabetes di kalangan perempuan tetapi tidak signifikan bagi lelaki. Manakala
tinggi lilitan pinggang didapati tuTUt meningkatkan risiko diabetes dan
signifikan tetapi hanya bagi lelaki.
Kesimpulannya, pencegahan penyakit diabetes perlu dititikberatkan kepada
golongan yang mempunyai tahap sosioekonomi yang rendah. Pengambilan
serabut diet dan antioksida yang mencukupi haTUslah digalakkan dan didapati
berfungsi sebagai faktor pelindung kepada risiko diabetes. Strategi yang
bersesuaian untuk program intervensi di dalam komuniti diperlukan
terutamanya untuk meningkatkan tahap aktiviti fizikal, penjagaan berat badan
dan meningkatkan kualiti pengambilan makanan untuk menurunkan risiko
berkaitan komplikasi diabetes dan pencegahan penyakit kronik seperti penyakit
kardiovaskular.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |