UPM Institutional Repository

Kualiti guru: impak bimbingan dan pementoran berfokus berdasarkan borang matrik bimbingan guru oleh SISC+ BM


Citation

Brahim, Mohammad and Said, Rozita @ Radhiah and Md Sabil, Azhar (2015) Kualiti guru: impak bimbingan dan pementoran berfokus berdasarkan borang matrik bimbingan guru oleh SISC+ BM. In: Graduate Research in Education (GREDuc) 2015 Seminar, 20 Dec. 2015, Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia. (pp. 426-432).

Abstract

Ledakan teknologi maklumat hari ini banyak mengubah landskap kehidupan dan cara manusia bertindak. Justeru, sistem pendidikan di Malaysia turut membuat anjakan strategik terhadap visi sistem pendidikan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 iaitu transformasi keguruan di bawah kata kunci Kualiti Guru. Profesion keguruan yang kian mencabar ini perlu diperkasakan agar mampu menyediakan modal insan berkualiti demi memenuhi tuntutan negara pada zamannya. Kajian tinjauan ke lapangan ini dijalankan untuk mengenal pasti impak program bimbingan dan pementoran terhadap kualiti pengajaran guru-guru mata pelajaran yang dilakukan oleh Pegawai Pakar Mata Pelajaran (School Improvement Specialist Coaches) mengikut bidang kepakaran mata pelajaran masing-masing secara penuh masa. Permasalahannya didapati berdasarkan dapatan daripada cerapan Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK), KPM, pada tahun 2011 sehingga 2013, iaitu daripada 30, 564 pengajaran guru yang diperhatikan, sejumlah 25, 242 (82.59%) pengajaran mencapai prestasi hanya pada tahap harapan, memuaskan, lemah, dan sangat lemah. Seramai 46 respondan di sekolah menengah daerah Samarahan, Sarawak telah dibimbing berdasarkan Borang Matrik Bimbingan Guru (TCT). Dapatan kajian menunjukkan bahawa menerusi tiga mod proses bimbingan dan pementoran yang telah dijalankan, program ini banyak membantu guru meningkatkan kualiti pengajaran serta mencapai tahap 3 berdasarkan perincian dalam borang skor.


Download File

[img] Text
GREduc2015-53.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (4MB)

Additional Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Divisions: Faculty of Educational Studies
Publisher: Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia
Keywords: Coaching and mentoring program; Teachers' teaching quality; Teaching of the Malay language
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 11 Feb 2019 03:47
Last Modified: 11 Feb 2019 03:47
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/66107
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item