Citation
Said, Rozita @ Radhiah and Md Sabil, Azhar and Jamian, Abdul Rasid
(2015)
Kualiti guru abad ke-21 penentu misi nasional.
In: Graduate Research in Education (GREDuc) 2015 Seminar, 20 Dec. 2015, Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia. (pp. 421-425).
Abstract
Kualiti guru menentukan kemenjadian dan keberhasilan murid yang pada akhirnya merealisasikan misi nasional dalam jangka masa panjang. Kualiti murid akan menentukan kualiti masyarakat pada masa hadapan seterusnya kualiti masyarakat mempengaruhi kualiti kehidupan rakyat dalam sesebuah negara. Oleh itu, generasi pada abad ini memerlukan guru-guru yang kompeten dalam aspek amalan nilai profesionalisme keguruan, berpengetahuan luas, kecendekiaan yang tinggi, berkefahaman positif dan proaktif serta berkemahiran tinggi dalam profesion keguruan, mempunyai nilai tambah yang mantap, andal dalam berkomunikasi dan cekap dalam teknologi. Ciri-ciri guru begini dapat melahirkan modal insan cemerlang berdasarkan acuan negara bangsa. Permasalahannya, adakah hasrat negara untuk mencapai tahap pendidikan abad ke-21 ini jelas difahami pelaksanaan pedagogi dan aspek transformasinya oleh SISC+ pada peringkat akar umbi di lapangan? Di Malaysia, penyelidikan secara konsisten daripada semasa kesemasa adalah perlu bagi memastikan ciri-ciri kualiti guru abad ke-21 yang menjadi agen pelaksana dasar-dasar pemerintah berada dalam kedudukan yang mampu membangunkan generasi kelas pertama seperti yang dihasratkan. Dengan cara ini masalah kecairan maklumat daripada pembuat dasar ke peringkat pelaksanaan dapat dirapatkan jurangnya. Justeru kajian deskriptif menggunakan kaedah soal-selidik ini dijalankan terhadap semua 320 pegawai pakar mata pelajaran Bahasa Melayu di seluruh negara berbertujuan untuk mendapatkan persepsi dan pemahaman mereka berkaitan ciri-ciri guru berkualiti abad ke-21.
Download File
|
Text
GREduc2015-52.pdf
Restricted to Repository staff only
Download (4MB)
|
|
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |