UPM Institutional Repository

Masalah penggunaan media pembelajaran dalam kalangan guru bahasa Melayu Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Mersing


Citation

Mohamed, Rohani and Said, Rozita @ Radhiah (2015) Masalah penggunaan media pembelajaran dalam kalangan guru bahasa Melayu Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Mersing. In: Graduate Research in Education (GREDuc) 2015 Seminar, 20 Dec. 2015, Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia. (pp. 386-393).

Abstract

Media pembelajaran merupakan sesuatu yang sangat bermakna dan penting kepada para guru untuk menyampaikan agenda pembelajaran yang ingin disampaikan kepada pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Media pembelajaran juga memainkan peranan untuk merealisasikan objektif yang diinginkan oleh setiap para guru dalam setiap pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Sejajar dengan perkembangan teknologi terkini dalam mencipta pelbagai media pengajaran dan pembelajaran ianya sangat memberi kesan yang positif dalam menyampaikan ilmu pengetahuan dan kemahiran kepada pelajar serta mempercepatkan proses pembelajaran. Masalahnya terdapat segelintir guru veteran yang tidak mampu mengikuti perkembangan pesat pengurusan media pembelajaran malah sehingga kini masih selesa mengamalkan kaedah tradisional. Seperkara lagi salah anggapan mereka perlu diperbetul kerana keberkesanan media pembelajaran bukan terletak pada kecanggihan bahan atau alat tersebut, tetapi kesesuaiannya berdasarkan penggunaan serta penyerlahan konsep. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh guru bahasa Melayu di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Mersing dalam mengaplikasikan media pembelajaran di dalam bilik darjah semasa proses pembelajaran dan pengajaran berlangsung. Kajian ini melibatkan 2 orang responden yang terdiri daripada guru Bahasa Melayu iaitu guru veteran dan guru muda. Kaedah kajian ini adalah bersifat kualitatif dan pengkaji hanya mendapatkan maklumat daripada hasil temu bual bersama 2 orang guru.


Download File

[img] Text
GREduc2015-47.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (4MB)

Additional Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Divisions: Faculty of Educational Studies
Publisher: Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia
Keywords: Problems; Learning media; Experienced Malay language teacher
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 11 Feb 2019 02:49
Last Modified: 11 Feb 2019 02:49
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/66101
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item