Citation
Wan Yusoff, Wan Mhd Sanusi and Said, Rozita @ Radhiah
(2015)
Penulisan pendahuluan karangan menggunakan teknik 4PTD dalam kalangan murid tingkatan 2 Az-Zahrah SMK Sultan Alauddin Riayat Shah 1, Pagoh.
In: Graduate Research in Education (GREDuc) 2015 Seminar, 20 Dec. 2015, Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia. (pp. 347-354).
Abstract
Mengarang merupakan suatu seni. Pengarang yang hebat merupakan ‘seniman’ dalam hal kepandaian dan ketelitiannya menggunakan perkataan menjadi ayat yang bermakna kemudian disepadankan menjadi perenggan dan akhirnya menjadi wacana yang indah. Sehubungan itu, kajian tindakan ini dibangunkan bertujuan untuk meningkatkan penguasaan murid dalam bidang penulisan karangan khususnya penulisan pendahuluan karangan yang sememangnya sering menjadi masalah bagi setiap murid. Daripada pemerhatian yang dijalankan didapati hamper semua murid agak sukar membina pendahuluan karangan yang menarik dan menepati kehendak soalan. Ujian pra yang dijalankan ke atas pelajar yang dikaji mendapati bahawa mereka sebenarnya sukar untuk menghasilkan pendahuluan karangan yang bertepatan dengan kehendak soalan. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini adalah pemerhatian, ujian pra dan ujuan pos. Bagi mengatasi masalah ini, Teknik 4PTD telah digunakan untuk memberikan kefahaman yang lebih baik kepada murid berkaitan kemahiran penulisan khususnya penulisan pendahuluan karangan.
Download File
|
Text
GREduc2015-42.pdf
Restricted to Repository staff only
Download (4MB)
|
|
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |