UPM Institutional Repository

Kesan penggunaan kad garis terhadap murid kelas 3 Merah untuk menulis dengan cantik


Citation

Hassan, Suradi and Said, Rozita @ Radhiah (2015) Kesan penggunaan kad garis terhadap murid kelas 3 Merah untuk menulis dengan cantik. In: Graduate Research in Education (GREDuc) 2015 Seminar, 20 Dec. 2015, Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia. (pp. 338-346).

Abstract

Kajian ini membincangkan ‘Kesan Penggunaan Kad Garis Terhadap Murid Kelas 3 Merah Untuk Menulis Dengan Cantik’, menyasarkan murid kelas 3 Merah Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran di Sekolah Kebangsaan Raja Muda (Integrasi), Seksyen 4, Shah Alam. Bilangan murid yang terlibat terdiri daripada tujuh orang iaitu lima orang murid lelaki dan dua orang murid perempuan. Pakar perubatan yang diiktiraf kerajaan Malaysia telah mengkategorikan murid-murid ini sebagai bermasalah pembelajaran iaitu lembam. Tinjauan awal melalui pemerhatian dan lembaran kerja mendapati murid kelas ini menghadapi masalah kurang memberi tumpuan, gemar berbual, suka bermain, kerap mengganggu rakan sekelas dan membuat bising yang menyebabkan mereka tidak fokus dan sukar menulis dengan cantik. Oleh itu, satu cara dibuat dibuat dengan menggunakan kad garis sebagai alternatif untuk membantu murid kelas 3 Merah ini memberikan penumpuan terhadap tulisan agar dapat menulis dengan cantik, teratur dan betul. Setelah kajian tindakan dijalankan selama dua bulan, didapati terdapat unsur-unsur positif iaitu murid kelas 3 Merah dapat menulis dengan lebih cantik dan teratur, menulis tanpa bantuan guru dan lebih fokus di dalam kelas. Selain itu, aktiviti pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu lebih menyeronokkan kerana kad garis tersebut dijadikan sebagai bahan bantu belajar yang kreatif dan inovatif. Tambahan pula, penggunaan pen marker dan pen magik adalah salah satu teknik pengajaran yang berkesan seterusnya menjadikan aktiviti murid lebih menyeronokkan.


Download File

[img] Text
GREduc2015-41.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (4MB)

Additional Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Divisions: Faculty of Educational Studies
Publisher: Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia
Keywords: Handwriting skills; Writing skills; Special education for learning disabilities
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 11 Feb 2019 02:48
Last Modified: 11 Feb 2019 02:48
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/66095
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item