Citation
Mustapha, Raikhan and Said, Rozita @ Radhiah
(2015)
Penggunaan huruf besar dalam ayat dan kata nama khas melalui teknik PENA.
In: Graduate Research in Education (GREDuc) 2015 Seminar, 20 Dec. 2015, Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia. (pp. 329-337).
Abstract
Kajian ini dijalankan untuk mengatasi kelemahan murid dalam penggunaan huruf besar pada ayat dan kata nama khas. Teknik PENA atau singkatan bagi PE untuk pensel dan NA untuk warna diperkenalkan bagi membantu lima orang murid Tahun Tiga Arif mengatasi kelemahan penggunaan huruf besar dalam ayat dan kata nama khas. Pelaksanaan teknik PENA digabungkan dengan pengaruh warna dan teori kecerdasan pelbagai. Pensel warna merupakan instrumen dalam kemahiran menulis dalam kajian ini. Hal ini kerana pengaruh warna akan menjadikan murid lebih berminat untuk mengingat, memahami, menaakul huruf, menulis perkataan dan ayat dengan mudah. Data kajian dikumpul melalui pemerhatian, soal selidik, ujian pra dan pos dan analisis dokumen. Data dianalisis secara kuantitatif. Dapatan kajian menunjukkan teknik PENA berkesan membantu peserta kajian mengatasi masalah penggunaan huruf besar dan menarik minat murid dalam penulisan Bahasa Melayu. Di samping itu, teknik ini juga dapat meningkatkan amalan terbaik penyelidik dan guru Bahasa Melayu dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Download File
|
Text
GREduc2015-40.pdf
Restricted to Repository staff only
Download (4MB)
|
|
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |