UPM Institutional Repository

Membina ayat majmuk menggunakan kaedah "lima warna" berdasarkan jadual 'WATAK' (watak, aktiviti, tempat, alatan dan keterangan)


Citation

Jaafar, Mohamad Noh and Said, Rozita @ Radhiah (2015) Membina ayat majmuk menggunakan kaedah "lima warna" berdasarkan jadual 'WATAK' (watak, aktiviti, tempat, alatan dan keterangan). In: Graduate Research in Education (GREDuc) 2015 Seminar, 20 Dec. 2015, Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia. (pp. 319-328).

Abstract

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran murid 5 Lotus dalam membina ayat majmuk menggunakan kaedah “lima warna” berdasarkan jadual ‘WATAK’. Kajian ini telah dilaksanakan di Sekolah Kebangsaan Port Dickson, Port Dickson. Seramai 22 orang murid telah dipilih sebagai sampel kajian. Data dikumpulkan melalui kaedah pemerhatian, temu bual serta ujian pra dan ujian pos. Hasil tinjauan awal yang dilakukan melalui Ujian Pra (Ujian Pengesanan), menunjukkan murid-murid tidak boleh membina ayat majmuk dengan baik. Justeru satu tindakan yang berfokus untuk membantu murid meningkatkan kemahiran murid membina ayat majmuk dalam Bahasa Malaysia ini telah diambil iaitu dengan memperkenalkan kaedah “lima warna” berdasarkan jadual ‘WATAK’ selama lebih kurang satu minggu. Proses bimbingan ini telah dijalankan semasa proses pengaajran dan pembelajaran berlaku. Berdasarkan Ujian Pos (Ujian 1) pada 10 Mac 2015, semua murid 5 Lotus menunjukkan peningkatan dari segi psikomotor iaitu boleh membina ayat majmuk dengan baik, manakala dari segi afektif murid, mereka kelihatan bersemangat untuk terus meningkatkan kemahiran masing-masing terhadap pembinaan ayat dalam Bahasa Malaysia. Secara keseluruhannya, kajian tindakan ini dapat membantu murid dalam meningkatkan keupayaan mereka membina ayat majmuk Bahasa Malaysia dengan lebih baik terutamanya pada masa akan datang. Adalah diharapkan dengan terhasilnya kajian ini nanti akan memberi manfaat kepada guru dalam pengajaran mereka dan kepada barisan penggubal kurikulum agar menjadikannya salah satu model pengajaran dan pembelajaran kepada guru-guru di sekolah.


Download File

[img] Text
GREduc2015-39.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (4MB)

Additional Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Divisions: Faculty of Educational Studies
Publisher: Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia
Keywords: Compound sentence; Building sentence; Observation; Interview; Pre-test; Post-test
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 11 Feb 2019 02:47
Last Modified: 11 Feb 2019 02:47
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/66093
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item