UPM Institutional Repository

'Kereta api ayat' membantu murid membina ayat majmuk berdasarkan perkataan kata kerja


Citation

Horace, Hafifi Hafidz and Said, Rozita @ Radhiah (2015) 'Kereta api ayat' membantu murid membina ayat majmuk berdasarkan perkataan kata kerja. In: Graduate Research in Education (GREDuc) 2015 Seminar, 20 Dec. 2015, Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia. (pp. 311-318).

Abstract

Kemahiran menulis merupakan salah satu kemahiran bahasa yang ditekankan dalam pengajaran bagi subjek Bahasa Melayu. Sesuai dengan Dokumen Standard Bahasa Melayu Sekolah Rendah, penekanan pengajaran kemahiran menulis ini amat membantu murid dalam mencapai satu tahap literasi yang berguna dalam meningkatkan ilmu pengetahuan, disamping memenuhi fungsi sosial dan juga aktiviti dalam kehidupan seharian. Oleh yang demikian, kajian ini menumpukan kepada kemahiran menulis yang berfokus kepada pembinaan ayat majmuk dalam kalangan murid tahun 4. Kajian ini dijalankan di sebuah sekolah di Tenom dan dilaksanakan kepada hanya seramai 3 orang sampel sahaja. Masalah yang berlaku dalam kalangan murid di sekolah tersebut ialah tidak dapat membina ayat majmuk dengan baik berdasarkan kata kerja yang diberi. Maka, teknik pembinaan ayat majmuk menggunakan kaedah “Kereta Api Ayat” digunakan bagi melihat peningkatan pengajaran dan pembelajaran dalam meningkatkan penguasaan kemahiran menulis membina ayat majmuk dengan baik. Analisis data hanya menggunakan kaedah kualitatif bagi melihat keberkesanan hasil daripada sampel. Dapatan kajian menunjukkan sampel dapat membina ayat majmuk dengan baik selepas menjalankan intervensi yang dilaksanakan oleh pengkaji. Kaedah yang digunakan mampu meningkatkan pemahaman murid dalam membina ayat majmuk yang baik. Hal ini seterusnya akan membantu murid dalam penguasaan kemahiran menulis melalui penguasaan dalam membina ayat majmuk bagi menghasilkan penulisan yang baik.


Download File

[img] Text
GREduc2015-38.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (4MB)

Additional Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Divisions: Faculty of Educational Studies
Publisher: Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia
Keywords: Compound sentence; Writing skills
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 11 Feb 2019 02:47
Last Modified: 11 Feb 2019 02:47
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/66092
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item