Citation
Wee, Emily Kim Fong and Said, Rozita @ Radhiah
(2015)
Meningkatkan kemahiran penulisan karangan fakta menggunakan teknik "anak halini selalu ke Tesco/Jusco".
In: Graduate Research in Education (GREDuc) 2015 Seminar, 20 Dec. 2015, Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia. (pp. 300-310).
Abstract
Kajian tindakan ini bertujuan untuk mengenal pasti kelemahan murid dalam penulisan karangan jenis fakta dan meningkatkan kemahiran penulisan karangan perenggan isi bagi karangan jenis fakta. Peningkatan kemahiran penulisan karangan merujuk kepada peningkatan markah karangan muridmurid. Kajian ini melibatkan lebih kurang 7 minggu dan melibatkan 15 orang murid daripada kelas 3 Aster. 11 murid terdiri daripada murid berbangsa Melayu dan 4 murid berbangsa Cina. Kajian dilaksanakan semasa pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di dalam kelas. Tinjauan awal mendapati kebanyakan murid kumpulan sasaran tidak mempunyai kesalahan tatabahasa yang ketara semasa penulisan karangan dan mereka boleh mengemukakan idea yang baik dan menjawab soalan tugasan. Namun, mereka menghadapi masalah menghuraikan idea dan memberikan contoh, masalah pemerengganan dan masalah kekurangan masa menulis. Melalui teknik "ANAK HALINI SELALU KE TESCO/JUSCO", hasil penulisan karangan perenggan isi bertambah baik. Semua murid daripada kumpulan sasaran telah berjaya meningkatkan markah karangan mereka. Sebanyak 90% murid telah berjaya mencapai tahap kepujian (20 markah - 25 markah). Teknik ini juga telah membantu 93.3% murid kumpulan sasaran untuk menyiapkan karangan dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.
Download File
|
Text
GREduc2015-37.pdf
Restricted to Repository staff only
Download (4MB)
|
|
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |