UPM Institutional Repository

Kesan kepelbagaian faktor inovasi kepada pendidikan di Malaysia


Citation

Azmi, Nor Idayu and Kamarudin, Nurzatulshima (2015) Kesan kepelbagaian faktor inovasi kepada pendidikan di Malaysia. In: Graduate Research in Education (GREDuc) 2015 Seminar, 20 Dec. 2015, Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia. (pp. 230-236).

Abstract

Kertas kerja ini bertujuan untuk membincangkan kesan kepelbagaian faktor inovasi dalam pendidikan Malaysia masa kini. Permasalahan berlaku apabila pihak-pihak terlibat perlu peka terhadap inovasi yang berlaku dalam bidang pendidikan. Hal ini diharap dapat menjadikan pendidikan di Malaysia lebih disanjungi dan dihormati oleh negara luar. Alat yang digunakan bagi mengumpul semua data dan maklumat adalah berdasarkan jurnal-jurnal penulisan tentang perubahan pendidikan di Malaysia dan bacaan melalui buku-buku tentang pengembangan pendidikan masa dahulu dan masa kini. Data-data dan maklumat yang diperoleh dianalisis dan hasil penelitian menunjukkan bahawa terdapat pelbagai faktor inovasi memberi kesan terhadap pendidikan di Malaysia jika dibandingkan zaman dahulu dan kini. Faktor-faktor tersebut merangkumi 1) sistem teknologi dan maklumat, 2) strategi penyampaian guru, 3) masyarakat dan terakhir iaitu 4) pelajar alaf 21. Cadangan melalui dapatan kajian mendapati semua pihak perlu memainkan peranan masing-masing agar sistem pendiddikan berjalan dengan lancar dan mencapai obejktif serta sasaran yang telah ditetapkan.


Download File

[img] Text
GREduc2015-29.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (389kB)

Additional Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Divisions: Faculty of Educational Studies
Publisher: Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia
Keywords: Innovation; Educational innovations; Education; Educational technology
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 11 Feb 2019 02:46
Last Modified: 11 Feb 2019 02:46
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/66083
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item