Citation
Norazmi, Nadia Shehada and Kamarudin, Nurzatulshima
(2015)
Perancangan dan pelaksanaan pembelajaran abad ke-21 di dalam bilik darjah.
In: Graduate Research in Education (GREDuc) 2015 Seminar, 20 Dec. 2015, Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia. (pp. 201-208).
Abstract
Rupa dan bentuk pembelajaran bagi generasi abad ke-21 telah banyak dirangka dan pelbagai bahan penulisan telah mengulas mengenai pembelajaran yang berupaya untuk memenuhi harapan dan keperluan pendidikan global kini. Oleh itu, Malaysia berdepan cabaran pendidikan abad ke-21 dalam menyediakan pembelajaran yang dinamik menjurus kepada Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dan pengurusan bilik darjah serta keupayaan guru menggunakan pelbagai sumber sokongan. Tujuan penulisan ini adalah untuk mengenal pasti perancangan dan pelaksanaan pembelajaran abad ke-21 di Malaysia dalam mendepani permasalahan yang wujud. Didapati bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia telah melancarkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 sejajar dengan Partnership for 21st Century Skills Framework for 21st Century Learning dengan sokongan sistem piawaian, penilaian, kurikulum dan pengajaran, pembangunan dan pembelajaran profesional serta persekitaran agar sistem pendidikan berkualiti melahirkan insan yang bersedia untuk berkembang maju dalam ekonomi global hari ini.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |