UPM Institutional Repository

Pelibatan ibu bapa dan implikasinya terhadap pencapaian akademik


Citation

Omar, Rosmaria and Ahmad, Nor Aniza (2015) Pelibatan ibu bapa dan implikasinya terhadap pencapaian akademik. In: Graduate Research in Education (GREDuc) 2015 Seminar, 20 Dec. 2015, Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia. (pp. 163-170).

Abstract

Kertas konsep ini memfokuskan huraian terhadap kajian literatur pelibatan ibu bapa, perbandingan kajian lalu dalam konteks di Malaysia, negara-negara ASEAN dan barat secara ringkas serta implikasi pelibatan ibu bapa terhadap pencapaian akademik pelajar. Isu pelibatan ibu bapa dalam pendidikan anak-anak di sekolah telah dikaji sejak dari tahun 1990-an lagi. Pada era kini, semua pihak tidak kira pentadbir sekolah, guru, pihak kerajaan mahupun ibu bapa sendiri mula mengambil perhatian yang lebih serius. Pihak pentadbir dan guru memainkan peranan yang penting sebagai penghubung, pihak kerajaan pula bertindak mengawasi polisi yang sedia ada untuk diteruskan bagi membantu pencapaian akademik pelajar. Manakala, ibu bapa memainkan peranan penting bagi memastikan masa depan anak-anak mereka lebih cemerlang dalam bidang akademik. Melalui kajian-kajian lalu, pelibatan ibu bapa dilaporkan dapat membantu pencapaian pelajar untuk lebih fokus dalam pelajaran mereka. Pelibatan ibu bapa memberi kesan yang positif terhadap pencapaian pelajar. Malahan, memberi panduan kepada pengkaji akan datang untuk meneruskan kajian mengenai pelibatan ibu bapa ini dijalankan.


Download File

[img] Text
GREduc2015-20.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (529kB)

Additional Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Divisions: Faculty of Educational Studies
Publisher: Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia
Keywords: Parental involvement; Literature research; Implication; Academic achievement
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 11 Feb 2019 02:44
Last Modified: 11 Feb 2019 02:44
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/66074
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item