Citation
Yahaya, Tiny Azleen and Idris, Khairuddin and Suandi, Turiman and Ismail, Ismi Arif
(2015)
Perkongsian maklumat menggunakan media sosial dalam kalangan pekerja organisasi.
In: Graduate Research in Education (GREDuc) 2015 Seminar, 20 Dec. 2015, Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia. (pp. 116-123).
Abstract
Peralatan media sosial berteknologi Web 2.0 telah mengambil alih cara tradisional perkongsian maklumat. Tidak tertakluk lagi kepada perkongsian maklumat secara bersemuka, surat-menyurat, notis pemberitahuan di papan notis, talian faksimili, atau berita di buletin, perkongsian maklumat kini sudah memasuki era teknologi tinggi di mana Facebook, Wiki, YouTube, LinkedIn, blog, dan twittering sudah mengambil alih cara perkongsian maklumat. Kemajuan dalam bidang teknologi moden menjadikan segala mesej, data, bahan, berita, informasi, pengetahuan, ilmu atau apa juga nama yang dalam konteks ini disebut sebagai maklumat, dapat diperolehi dan disebarkan dengan mudah merentasi sempadan masa, jarak dan Negara. Maklumat yang dikongsikan itu juga tidak terhad antara satu individu dengan individu sahaja malah boleh dikongsi kepada satu komuniti dalam talian yang terlibat dalam masa yang pantas. Pekerja organisasi dijangka dapat menerima perubahan tingkah laku untuk melakukan perkongsian maklumat menggunakan media sosial apabila mengetahui kebaikan yang boleh diperolehi daripadanya. Penggunaan media sosial berteknologi Web 2.0 ini disarankan menjadi satu medium pilihan bagi melakukan perkongsian maklumat terhadap pekerja Organisasi Pelaburan Berkaitan Kerajaan di Malaysia.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |