UPM Institutional Repository

Kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam transformasi kurikulum pendidikan guru


Citation

Mat Nor @ Ahmad Nor, Mohamad Nurul Azmi and Kamarudin, Nurzatulshima (2015) Kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam transformasi kurikulum pendidikan guru. In: Graduate Research in Education (GREDuc) 2015 Seminar, 20 Dec. 2015, Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia. (pp. 101-106).

Abstract

Cabaran dunia pendidikan abad ke-21 ini memerlukan transformasi yang menyeluruh, terutamanya dalam penguasaan kemahiran berfikir. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menekankan konsep Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam kurikulum pendidikan bagi menjayakan transformasi ini. Kemahiran ini merupakan kesinambungan kepada Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif (KBKK) yang diperkenal sebelum ini. Kemahiran ini amat berguna sebagai alat untuk membantu murid belajar, jika kemahiran ini dikuasai dengan baik. Hasilnya, prestasi murid dapat ditingkatkan, selain dapat mempersiap diri dalam mendepani sebarang permasalahan. Bagi mencapai aspirasi tersebut, Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengambil langkah proaktif untuk meningkatkan kualiti guru bermula dengan transformasi IPG. Kurikulum pendidikan guru ditambah baik dengan menekankan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dalam kalangan guru-guru baharu. Sehubungan dengan itu, menjadi keutamaan IPG untuk memastikan bahawa Kemahiran Berfikir Aras Tinggi ini dapat difahami dan diterima oleh guru pelatih semasa pengajian dengan sempurna agar prinsip-prinsip kemahiran berfikir ini boleh diamalkan oleh mereka setelah ditempatkan di sekolah kelak.


Download File

[img] Text
GREduc2015-12.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (314kB)

Additional Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Divisions: Faculty of Educational Studies
Publisher: Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia
Keywords: Higher order thinking skills (HOTS); Thinking skill; Education curriculum for teacher
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 23 Jan 2019 07:11
Last Modified: 23 Jan 2019 07:11
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/66066
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item