UPM Institutional Repository

Tekanan kerja, efikasi kendiri dan estim kendiri guru Teknologi Kejuruteraan di kolej vokasional


Citation

Abu Hasan, Norhayati and Bakar, Ab. Rahim and Mat Rashid, Abdullah (2015) Tekanan kerja, efikasi kendiri dan estim kendiri guru Teknologi Kejuruteraan di kolej vokasional. In: Graduate Research in Education (GREDuc) 2015 Seminar, 20 Dec. 2015, Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia. (pp. 76-83).

Abstract

Kajian tinjauan ini bertujuan untuk menilai tahap tekanan kerja, efikasi kendiri dan estim kendiri dalam kalangan guru Teknologi Kejuruteraan di Kolej Vokasional dan seterusnya melihat hubungannya antara pemboleh ubah tersebut. Permasalah awal dilihat berdasarkan penstrukturan semula kurikulum vokasional dalam Pelan Strategik Transformasi Pendidikan Vokasional (TPV) yang memperlihatkan penambahan amalan industri atau amali teknikal sebanyak 70 peratus kepada pelajar. Proses penstrukturan ini melibatkan pelbagai perubahan dalam kurikulum pengajaran dan secara tidak langsung berlaku pertambahan beban kerja guru seterusnya menimbulkan persoalan wujudnya tekanan kerja. Populasi kajian melibatkan 275 orang guru teknologi kejuruteraan yang mengajar bidang Teknologi Awam, Teknologi Elektrik dan Elektronik serta Teknologi Mekanikal Pembuatan. Kajian ini dijalankan di 18 buah Kolej Vokasional di negeri Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. Kaedah persampelan rawak berstrata tidak berkadaran digunakan untuk melihat perbezaan antara bidang pengajaran. Instrumen penyelidikan yang diubahsuai daripada pengkaji lepas antaranya Teacher Sense of Efficacy Scale oleh Tschannen-Moran dan Hoy (2001), Computer Technology Integration Survey oleh Wang et al., (2004), Teacher’s Science Teaching Efficacy Belief Instrument oleh Riggs dan Enochs (1990), Rosenberg Self-Esteem Scale oleh Rosenberg (1965). Data yang diperoleh dari soal selidik dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS). Dapatan kajian ini menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara efikasi kendiri dan estim kendiri guru dengan tekanan kerja guru.


Download File

[img] Text
GREduc2015-9.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (401kB)

Additional Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Divisions: Faculty of Educational Studies
Publisher: Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia
Keywords: Work stress; Self efficacy; Self esteem; Teacher; Vocational college
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 23 Jan 2019 07:11
Last Modified: 23 Jan 2019 07:11
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/66062
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item