Citation
Hamirudin, Nor Hanis and Mohd Fakhruddin, Fathiyah
(2015)
Pengaruh ibu bapa dan rakan sebaya terhadap amalan solat pelajar aliran teknikal.
In: Graduate Research in Education (GREDuc) 2015 Seminar, 20 Dec. 2015, Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia. (pp. 68-75).
Abstract
Ibadah solat merupakan tiang agama dan benteng pertahanan daripada segala kemungkaran. Pelaksanaan ibadah solat lazimnya dipengaruhi oleh faktor persekitaran yang melingkungi seseorang individu. Sehubungan itu, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti tahap amalan solat fardu dalam kalangan pelajar aliran teknikal. Ia juga bertujuan untuk mengenal pasti pengaruh faktor persekitaran iaitu didikan ibu bapa dan pengaruh rakan sebaya terhadap amalan solat para pelajar. Kajian berbentuk kuantitatif ini melibatkan 123 orang pelajar Institut Kemahiran MARA (IKM) Kuala Lumpur sebagai responden. Pemilihan sampel dilakukan secara rawak berstrata. Analisis data dilakukan secara deskriptif (min dan sisihan piawai) dan inferensi (Korelasi Pearson). Hasil kajian mendapati tahap amalan solat fardu pelajar IKM Kuala Lumpur adalah tinggi (M=4.27, SP=0.36). Analisis korelasi Pearson pula menunjukkan bahawa wujudnya hubungan signifikan bertahap sederhana antara faktor didikan ibu bapa (r=0.494) dan pengaruh rakan sebaya (r=0.407) dengan amalan solat pelajar. Rumusnya, hasil kajian jelas menunjukkan pengaruh positif faktor persekitaran terhadap amalan solat fardu remaja.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |