UPM Institutional Repository

Pengaruh persekitaran sosial terhadap tingkah laku disiplin murid sekolah rendah di Klang, Selangor, Malaysia


Citation

Abdul Kalam, Haseena Banu (2016) Pengaruh persekitaran sosial terhadap tingkah laku disiplin murid sekolah rendah di Klang, Selangor, Malaysia. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Kajian ini adalah satu penyelidikan yang mengkaji mengenai pengaruh persekitaran sosial terhadap tingkah laku, disiplin murid-murid Sekolah Rendah Daerah Klang. Sekolah Kebangsaan Telok Pulai dan Sekolah Kebangsaan Taman Gembira telah dipilih sebagai sampel kajian. Ia bertujuan mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi tahap disiplin dalam kalangan murid-murid terutamanya murid tahun 4, 5 dan 6. Kajian ini adalah satu kajian berbentuk deskriptif dan korelasi. Seramai 450 orang murid telah dipilih secara rawak sebagai responden. Segala maklumat diperolehi dengan menggunakan borang soalselidik. Instrumen kajian yang digunakan merupakan adaptasi daripada soal selidik hasil kajian Najib (1999). Ujian kebolehpercayaan telah dijalankan ke atas 30 orang responden yang tidak termasuk dalam sampel kajian dan Alpha Cronbach yang diperolehi ialah 0.849. Analisis dilakukan menggunakan perisian “SPSS 21.0 for Windows’. Hasil kajian mendapati terdapat hubungan yang positif dan signifikan di antara tahap disiplin murid dengan faktor guru dan pengajaran guru, ibubapa dan keluarga serta faktor rakan sebaya. Sementara faktor persekitaran sekolah mempunyai hubungan yang positif dan tidak signifikan dengan tahap disiplin. Faktor yang paling dominan mempengaruhi tahap disiplin adalah faktor keluarga berdasarkan min yang paling rendah kerana penyataan merupakan soalan berbentuk negatif maka min rendah adalah yang terbaik. Hasil kajian ini dapat membantu ibu bapa menerapkan nilai-nilai murni dan kesedaran bagi menjauhi gejala salah laku dalam kalangan anak-anak mereka agar menjadi individu yang bersikap positif demi kesejahteraan masa depan mereka.


Download File

[img]
Preview
Text
FEM 2016 1 IR.pdf

Download (1MB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: School children - Discipline
Subject: Discipline - Social aspects
Call Number: FEM 2016 1
Chairman Supervisor: Mohd Ibrani Shahrimin b Adam Assim, PhD
Divisions: Faculty of Human Ecology
Depositing User: Haridan Mohd Jais
Date Deposited: 03 Dec 2018 00:34
Last Modified: 03 Dec 2018 00:34
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/66037
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item