UPM Institutional Repository

UPM dan Niigata University, Jepun anjur IAC-ISFA 2018


Citation

Hamzah, Faiz (2018) UPM dan Niigata University, Jepun anjur IAC-ISFA 2018. [UPM News]

Abstract

SERDANG, 13 Nov – Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato’ Salahuddin Ayub merasmikan Joint Symposium of the 8th International Agriculture Congress 2018 & 6th International Symposium for Food & Agriculture 2018 (IAC-ISFA 2018). Ia dianjurkan Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Niigata University, Jepun dengan kerjasama Jabatan Pertanian Malaysia. Beliau berkata simposium itu melibatkan penyelidik, agensi kerajaan dan swasta dalam sektor makanan dan pertanian, khususnya Fakulti Pertanian Niigata University, Jepun dan Fakulti Pertanian UPM yang memfokuskan aplikasi dan teknologi pertanian bagi memasarkan pengeluaran makanan. “Saya percaya bahawa persidangan ini akan memberi manfaat kepada sektor pertanian dalam meneroka inovasi revolusi yang akan membentuk masa depan bidang pertanian yang memfokuskan kepada aplikasi serta pengembangan teknologi dalam pertanian bagi meningkatkan lagi pengeluaran pertanian,” katanya.


Download File

[img]
Preview
Text
UPM dan Niigata University, Jepun anjur IAC-ISFA 2018.pdf

Download (1MB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: UPM News
Divisions: Universiti Putra Malaysia
Publisher: Pejabat Strategi Korporat dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia
Depositing User: Azhar Abdul Rahman
Date Deposited: 04 Dec 2018 07:52
Last Modified: 04 Dec 2018 07:52
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/66035
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item