UPM Institutional Repository

Pengalaman kaunseling individu dan kesannya terhadap perkembangan sahsiah pelajar Sekolah Menengah di Daerah Hulu Langat, Selangor, Malaysia


Citation

Zakaria, Mohd Syukarmi (2016) Pengalaman kaunseling individu dan kesannya terhadap perkembangan sahsiah pelajar Sekolah Menengah di Daerah Hulu Langat, Selangor, Malaysia. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Peranan perkhidmatan kaunseling individu di sekolah termasuk membantu pihak sekolah menangani masalah disiplin pelajar, membantu peningkatan akademik, kepimpinan, kerjaya dan memulihkan masalah sahsiah pelajar di sekolah. Tujuannya supaya setiap pelajar seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Dalam sesi kaunseling individu, guru bimbingan dan kaunseling membantu individu membuat pilihan atau keputusan sendiri untuk mencapai sesuatu matlamat. Setelah beberapa dekad perkhidmatan ini wujud di sekolah menengah, persoalan yang timbul ialah sejauhmanakah keberkesanan kaunseling individu dalam mengembangkan sahsiah pelajar? Untuk menjawab persoalan ini, tiga objektif kajian telah dibentuk, iaitu: (1) memahami pengalaman kaunseling individu dalam kalangan pelajar di Sekolah Menengah Daerah Hulu Langat, Selangor (SMDHL); (2) mengenal pasti pengalaman kaunseling individu terhadap perkembangan sahsiah pelajar di SMDHL dan (3) mengenal pasti kesan kaunseling individu terhadap perkembangan sahsiah pelajar di SMDHL. Bagi mencapai objektif tersebut, kajian ini menggunakan reka bentuk kualitatif, khususnya kajian kes. Peserta kajian terdiri daripada enam orang pelajar yang pernah menjalani sesi kaunseling individu dan empat orang guru bimbingan dan kaunseling. Data dari temubual separa berstruktur dianalisis menggunakan analisis kandungan dan perisian Atlas-Ti Versi-7. Analisis berkenaan menghasilkan pelbagai tema bagi setiap soalan kajian (SK). Bagi SK1, tema yang muncul ialah (1) pengalaman guru bimbingan dan kaunseling (PK), (2) pengalaman peserta pelajar (PP) menjalani sesi kaunseling (3) Pengalaman PK menjalankan sesi kaunseling individu. Bagi SK2, lima tema berkaitan faktor perkembangan sahsiah muncul iaitu: (1) faktor pendorong pelajar merujuk kepada PK (2) faktor penghalang; (3) faktor berkaitan proses kaunseling individu yang membantu perkembangan sahsiah pelajar; (4) faktor selain kaunseling individu yang membantu; dan (5) faktor penambahbaikan kaunseling individu terhadap perkembangan sahsiah; Bagi SK3, dua tema muncul iaitu: (1) rumusan PP kesan kaunseling individu terhadap perkembangan sahsiah; dan (2) rumusan PK kesan dari kaunseling individu terhadap perkembangan sahsiah pelajar. Secara keseluruhannya, PK menyatakan terdapat tujuh perkara yang membantu perkembangan sahsiah pelajar, iaitu: (1) guru bimbingan kaunseling dan semua pihak harus faham tugas membentuk perkembangan sahsiah pelajar; (2) kaunseling individu harus diberi keutamaan berbanding kaunseling kelompok; (3) perkembangan sahsiah pelajar bermula daripada rumah; (4) ibu bapa harus pandai menilai lakonan anak-anak; (5) beri peluang kepada guru untuk mendidik para pelajar; (6) pelajar yang datang menjalani sesi kaunseling boleh berjaya; dan (7) kerap menjalani sesi kaunseling serta perlu pemantauan yang berterusan terhadap pelajar. Dari pandangan PP pula, terdapat enam kesan perkembangan terhadap sahsiah pelajar yang dapat dibina hasil daripada menjalani sesi kaunseling seperti berikut: (1) bersemangat dan suka bertanya; kedua; (2) rasa lebih baik; (3) rasa diberi perhatian; (4) belajar membuat keputusan sendiri untuk berubah; (5) tidak suka memprotes dan membuat provokasi; dan (6) sedar kesilapan lalu. Keseluruhannya, kajian ini mendapati bahawa kaunseling individu berkesan terhadap perkembangan aspek sahsiah pelajar sekolah menengah di daerah Hulu Langat, Selangor. Kajian ini memberikan implikasi bahawa guru bimbingan dan kaunseling perlu mengutamakan aspek perkhidmatan kaunseling individu di sekolah dan dicadangkan agar kajian pada masa akan datang diluaskan kepada aspek perkembangan disiplin, akhlak, modal insan dan sebagainya.


Download File

[img]
Preview
Text
FPP 2016 7IR.pdf

Download (1MB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Counseling in secondary education - Ulu Langat - Selangor
Subject: School psychology
Call Number: FPP 2016 7
Chairman Supervisor: Profesor Madya Jamaludin Bin Ahmad, PhD
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Haridan Mohd Jais
Date Deposited: 08 Oct 2018 06:41
Last Modified: 08 Oct 2018 06:41
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/65669
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item