Citation
Mat Ali, Norliza
(2016)
Tahap kesediaan guru bahasa melayu terhadap pelaksanaan pendekatan pembelajaran berasaskan masalah dalam pengajaran dan pembelajaran di Selangor, Malaysia.
Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Guru merupakan agen utama yang berperanan sebagai pelaksana apabila sesuatu inovasi pendidikan diperkenalkan. Salah satu inovasi pembelajaran yang sedang diberi perhatian ialah Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Masalah. Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Masalah untuk Bahasa Melayu masih kurang berbanding bidang yang lain. Kajian ini bertujuan melihat tahap kesediaan guru-guru Bahasa Melayu dari segi pengetahuan, kemahiran, dan sikap terhadap pendekatan Pembelajaran Berasaskan Masalah dalam pengajaran dan pembelajaran. Aspek kewujudan kekangan dalam pelaksanaan pendekatan ini turut dikaji dalam melihat pengaruh kekangan terhadap tahap kesediaan guru dalam pelaksanaan pendekatan tersebut. Sampel kajian seramai 275 orang guru Bahasa Melayu daripada 43 buah sekolah menengah harian dalam Daerah Petaling Perdana, Selangor. Instrumen berbentuk soal selidik digunakan bagi melihat maklum balas responden. Teori Model Reflektif Wallace (1991) menjadi kerangka utama kajian. Dapatan kajian pula menunjukkan bahawa terdapat kelemahan dan kekurangan dari segi pengetahuan dan kemahiran, namun guru-guru Bahasa Melayu menunjukkan sikap yang positif dan bersedia melaksanakan pendekatan ini sekiranya ada latihan dan kursus yang lebih mendalam. Kesimpulannya, dapatan kajian ini dijangka dapat menjadi petunjuk kepada perancangan program latihan yang bersesuaian untuk guruguru Bahasa Melayu. Penyelidikan ini juga mampu menjadi pendorong kepada guru-guru Bahasa Melayu untuk melaksanakan pendekatan yang lebih aktif dan koperatif berbanding pendekatan berpusatka guru seperti sebelum ini bagi melahirkan generasi yang berdaya saing di peringkat global dan memenuhi pasaran kerja alaf ke-21.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |