UPM Institutional Repository

Hubungan sumbangan kewangan, dorongan motivasi dan sumbangan kepakaran sukarelawan alumni terhadap pencapaian akademik murid


Citation

Abdullah, Durasnita (2016) Hubungan sumbangan kewangan, dorongan motivasi dan sumbangan kepakaran sukarelawan alumni terhadap pencapaian akademik murid. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Objektif utama kajian adalah untuk menentukan hubungan antara sumbangan kewangan, dorongan motivasi dan sumbangan kepakaran sukarelawan alumni di sekolah dengan pencapaian akademik murid tingkatan empat. Kajian dijalankan di dua buah sekolah berasrama penuh satu jantina di daerah Seremban yang mempunyai penglibatan aktif alumni iaitu Sekolah Dato’ Abdul Razak, Seremban dan Kolej Tunku Kurshiah, Seremban. Berteraskan Anjakan Ke Sembilan, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, Pelibatan Ibu Bapa dan Komuniti (PIBK) dalam Sarana Sekolah menjadi asas kajian kerana perubahan Sistem Persekolahan kepada Sistem Pembelajaran. Komuniti perlu aktif dilibatkan dengan sekolah dan sekolah bukan hanya bergantung kepada Pengetua, guru-guru dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru-guru (PIBG) sahaja. Teori Pertukaran Sosial digunakan untuk menjelaskan mengapa alumni kembali terlibat dengan sekolah walaupun lama meninggalkan sekolah sebagai satu tindakan membalas budi terhadap kejayaan sekolah yang menjadikan mereka individu berjaya. Pendekatan kajian ialah kajian kuantitatif dengan reka bentuk kajian kes dan kajian korelasi, menggunakan soal selidik ubahsuai Catholik Alumni Review of Educational Support (CARES) dan adaptasi daripada dua penyelidik luar negara. Didapati tahap sumbangan kewangan sukarelawan alumni, mempunyai hubungan sigifikan dengan tahap pencapaian akademik murid, r = .192, P<0.05 begitu juga dengan tahap dorongan motivasi sukarelawan alumni, r = .176, P<0.05 dan tahap sumbangan kepakaran sukarelawan alumni juga mempunyai hubungan signifikan, r = .188, P<0.05 dengan tahap pencapaian akademik murid. Hubungan yang wujud adalah lemah. Melalui kajian ini, penyelidik mencadangkan agar sekolah yang tiada penglibatan alumni aktif, dapat memanfaatkan dan membuka ruang dan peluang kepada alumni mereka untuk bergerak aktif di sekolah sebagai alternatif memajukan sekolah selain hanya bekerjasama dengan PIBG sekolah sematamata dalam setiap program anjuran sekolah. Peranan alumni di sekolah seharusnya dimaksimumkan dengan melibatkan alumni dalam setiap aktiviti kecemerlangan murid di sekolah. Alumni seharusnya diletakkan di satu posisi yang khusus dalam PIBK. Untuk menjayakan perubahan Sistem Persekolahan kepada Sistem Pembelajaran, alumni yang harus dilibatkan secara aktif selain ibu bapa.


Download File

[img]
Preview
Text
FPP 2016 10IR.pdf

Download (1MB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Schools - Alumni and alumnae
Subject: Volunteer workers in education
Subject: Academic achievement
Call Number: FPP 2016 10
Chairman Supervisor: Norlizah bt Che Hassan, PhD
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Haridan Mohd Jais
Date Deposited: 04 Oct 2018 04:47
Last Modified: 04 Oct 2018 04:47
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/65636
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item