Citation
Noor Muhammad, Salmah Jan
(2015)
Bahasa Melayu sebagai perantara komunikasi diplomatik kerajaan nusantara.
In: Seminar Antarabangsa Linguistik dan Pembudayaan Bahasa Melayu IX (SALPBM IX) 2015, 3-4 Nov. 2015, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia. .
Abstract
Komunikasi diplomatik merupakan bentuk komunikasi rasmi sama ada secara lisan mahupun dalam tulisan yang dizahirkan melalui penghantaran utusan dan warkah diraja dalam menjayakan penyatuan hubungan sama ada kerajaan nusantara seperti kerajaan Sriwijaya, Melaka, Kedah Tua, Siam mahupun di luar ruang lingkup nusantara seperti Belanda dan British. Komunikasi diplomatik yang menggunakan bahasa Melayu sebagai perantara untuk menyampaikan mesej diplomatik ini menunjukkan bahawa bahasa Melayu mempunyai standard dan kualiti pengucapan tinggi dalam kepelbagaian rencam dan ragam yang telah membawanya kepada tahap pencapaian pengiktirafan sebagai Lingua Franca kerajaan nusantara. Justeru, makalah ini akan menggunakan naskhah Melayu dan dokumen sejarah, khususnya warkah diraja untuk dijadikan sebagai bahan perbincangan bagi menganalisis dan seterusnya merumuskan kekuatan bahasa Melayu sebagai perantara komunikasi diplomatic kerajaan nusantara.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |