UPM Institutional Repository

Personaliti dan Gaya Pengurusan Konflik Dalam Kalangan Pelbagai Kumpulan Etnik di Sarawak


Citation

Mohamad Yusoff, Salmah (2006) Personaliti dan Gaya Pengurusan Konflik Dalam Kalangan Pelbagai Kumpulan Etnik di Sarawak. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menghuraikan ciri personaliti dan gaya pengurusan konflik di kalangan pelbagai etnik di Sarawak. Responden kajian terdiri daripada 287 orang guru yang terdiri daripada empat kumpulan etnik (Meiayu, Iban, Bidayuh dan Cina) yang telah dipilih secara persampelan rawak beriapis. lnstrumen Myers-Briggs Type indicator (MBTI ) digunakan untuk mengukur personaliti manakala Rahim Organizational Conflict In ventory-11 (ROCI-11) digunakan untuk mengukur gaya pengurusan konflik. Dapatan kajian mendapati profil personaliti Extrovert-Sensing-Thinking-Judging (ESTJ) paling menonjol bagi etnik Melayu, Iban, Bidayuh dan Cina manakala gaya pengurusan konflik lntegrasi paling diminati oleh keempat-empat etnik tersebut. Kajian ini juga bertujuan untuk mengenalpasti hubungan personaliti dengan gaya pengurusan konflik di kalangan etnik Melayu, Iban, Bidayuh dan Cina. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan statistik deskriptif seperti peratus, min dan sisihan piawai. Ujian ANOVA satu hala digunakan untuk melihat perbezaan dari segi personaliti dan gaya pengurusan konflik di kalangan pelbagai etnik. Analisis korelasi Pearson digunakan untuk menganalisa hubungan antara personaliti dengan gaya pengurusan konflik pada tahap signifikan .05. Kajian ini mendapati wujud hubungan yang signifikan di antara personaliti Extrovert dengan gaya Integrasi, personaliti Introvert dengan gaya Integrasi, personaliti Perceiving dengan gaya Integrasi, personaliti Feeling dengan gaya Obligasi, personaliti Judging dengan gaya Obligasi, personaliti Perceiving dengan gaya Obligasi, personaliti Judging dengan gaya Dominasi, personaliti Perceiving dengan gaya Dominasi, personaliti Feeling dengan gaya Pengelakan dan personaliti Perceiving dengan gaya Pengelakan. Berdasarkan dapatan kajian, beberapa cadangan telah disarankan untuk kajian masa akan datang.


Download File

[img] Text
FPP_2006_7.pdf

Download (678kB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Conflict management - Sarawak
Subject: Personality - Sarawak
Call Number: FPP 2006 7
Chairman Supervisor: Rusnani bt. Abdul Kadir, PhD
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Nur Izyan Mohd Zaki
Date Deposited: 19 May 2010 08:26
Last Modified: 02 Nov 2023 01:26
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/6560
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item