Citation
Mohamad Yusoff, Salmah
(2006)
Personaliti dan Gaya Pengurusan Konflik Dalam Kalangan Pelbagai Kumpulan Etnik di Sarawak.
Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk menghuraikan ciri personaliti dan gaya pengurusan
konflik di kalangan pelbagai etnik di Sarawak. Responden kajian terdiri
daripada 287 orang guru yang terdiri daripada empat kumpulan etnik (Meiayu,
Iban, Bidayuh dan Cina) yang telah dipilih secara persampelan rawak beriapis.
lnstrumen Myers-Briggs Type indicator (MBTI ) digunakan untuk mengukur
personaliti manakala Rahim Organizational Conflict In ventory-11 (ROCI-11)
digunakan untuk mengukur gaya pengurusan konflik. Dapatan kajian mendapati
profil personaliti Extrovert-Sensing-Thinking-Judging (ESTJ) paling menonjol
bagi etnik Melayu, Iban, Bidayuh dan Cina manakala gaya pengurusan konflik
lntegrasi paling diminati oleh keempat-empat etnik tersebut. Kajian ini juga
bertujuan untuk mengenalpasti hubungan personaliti dengan gaya pengurusan
konflik di kalangan etnik Melayu, Iban, Bidayuh dan Cina. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan statistik deskriptif seperti peratus, min dan sisihan
piawai. Ujian ANOVA satu hala digunakan untuk melihat perbezaan dari segi
personaliti dan gaya pengurusan konflik di kalangan pelbagai etnik. Analisis
korelasi Pearson digunakan untuk menganalisa hubungan antara personaliti
dengan gaya pengurusan konflik pada tahap signifikan .05. Kajian ini
mendapati wujud hubungan yang signifikan di antara personaliti Extrovert
dengan gaya Integrasi, personaliti Introvert dengan gaya Integrasi, personaliti
Perceiving dengan gaya Integrasi, personaliti Feeling dengan gaya Obligasi,
personaliti Judging dengan gaya Obligasi, personaliti Perceiving dengan gaya
Obligasi, personaliti Judging dengan gaya Dominasi, personaliti Perceiving
dengan gaya Dominasi, personaliti Feeling dengan gaya Pengelakan dan
personaliti Perceiving dengan gaya Pengelakan. Berdasarkan dapatan kajian,
beberapa cadangan telah disarankan untuk kajian masa akan datang.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |