UPM Institutional Repository

Kesan Penggunaan Internet Dalam Penulisan Karangan Pelajar Sekolah


Citation

Hashim, Hashimah (2005) Kesan Penggunaan Internet Dalam Penulisan Karangan Pelajar Sekolah. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kesan penggunaan internet dalam penulisan karangan Bahasa Melayu di kalangan pelajar sekolah. Sampel kajian terdiri daripada 114 pelajar tingkatan empat di daerah Hulu Langat. Sebanyak 57 orang pelajar ditempatkan dalam kumpulan eksperimen dan 57 orang pelajar ditempatkan dalam kumpulan kawalan. Pencapaian dilihat melalui tiga jenis karangan berbentuk fakta iaitu karangan jenis pendapat, perbincangan dan rencana. Skor didasarkan dengan menggunakan skema Pemarkahan Karangan Bahasa Malaysia Kertas 1 (110311) daripada Lembaga Peperiksaan Malaysia. Untuk melihat tanggapan pelajar dalam penulisan karangan daripada aspek motivasi, sikap, minat dan efikasi kendiri, instrumen soal selidik digunakan. Instrumen soal selidik ini telah diubahsuai mengikut kesesuaian kajian seperti aspek motivasi menggunakan instrumen yang diubahsuai daripada instrumen Warschauer (1 996), sikap daripada instrumen Loyd dan Loyd (1 985), minat daripada instrumen Cramer dan Smith (2000) dan instrumen Shrneck dan Geister - Breintein, (1995) untuk efikasi kendiri. Kajian ini adalah jenis eksperimen kuasi yang menggunakan reka bentuk, praujian dan pascaujian untuk kumpulan tak seiupa (the pre test post test, non equivalent group designs). Pencapaian pelajar bagi kumpulan eksperimen adalah signifikan (p < 0.05), dibandingkan dengan kumpulan kawalan. Penggunaan internet dalam penulisan karangan juga telah memberikan niotivasi, sikap, minat dan efikasi kendiri yang positif dalam penulisan karangan bahasa Melayu


Download File

[img] Text
FPP_2005_34.pdf

Download (930kB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Internet in education - Hulu Langat.
Subject: Malay essays - Hulu Langat.
Call Number: FPP 2005 34
Chairman Supervisor: Abdul Rasid bin Jamian, PhD
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Nur Izyan Mohd Zaki
Date Deposited: 19 May 2010 08:50
Last Modified: 01 Nov 2023 02:56
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/6544
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item