Citation
Hashim, Hashimah
(2005)
Kesan Penggunaan Internet Dalam Penulisan Karangan Pelajar Sekolah.
Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kesan penggunaan internet dalam penulisan
karangan Bahasa Melayu di kalangan pelajar sekolah. Sampel kajian terdiri daripada 114
pelajar tingkatan empat di daerah Hulu Langat. Sebanyak 57 orang pelajar ditempatkan
dalam kumpulan eksperimen dan 57 orang pelajar ditempatkan dalam kumpulan
kawalan. Pencapaian dilihat melalui tiga jenis karangan berbentuk fakta iaitu karangan
jenis pendapat, perbincangan dan rencana. Skor didasarkan dengan menggunakan skema
Pemarkahan Karangan Bahasa Malaysia Kertas 1 (110311) daripada Lembaga
Peperiksaan Malaysia. Untuk melihat tanggapan pelajar dalam penulisan karangan
daripada aspek motivasi, sikap, minat dan efikasi kendiri, instrumen soal selidik
digunakan. Instrumen soal selidik ini telah diubahsuai mengikut kesesuaian kajian
seperti aspek motivasi menggunakan instrumen yang diubahsuai daripada instrumen
Warschauer (1 996), sikap daripada instrumen Loyd dan Loyd (1 985), minat daripada
instrumen Cramer dan Smith (2000) dan instrumen Shrneck dan Geister - Breintein,
(1995) untuk efikasi kendiri. Kajian ini adalah jenis eksperimen kuasi yang
menggunakan reka bentuk, praujian dan pascaujian untuk kumpulan tak seiupa (the pre
test post test, non equivalent group designs). Pencapaian pelajar bagi kumpulan
eksperimen adalah signifikan (p < 0.05), dibandingkan dengan kumpulan kawalan.
Penggunaan internet dalam penulisan karangan juga telah memberikan niotivasi, sikap,
minat dan efikasi kendiri yang positif dalam penulisan karangan bahasa Melayu
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |