UPM Institutional Repository

Hubungan Antara Personaliti, Salah Laku Dan Pencapaian Akademik Mahasiswa Lepasan Siji Tinggi Pelajaran Malaysia Di Institut Pengajian Tinggi Awam


Citation

Siaw, Yan Li (2005) Hubungan Antara Personaliti, Salah Laku Dan Pencapaian Akademik Mahasiswa Lepasan Siji Tinggi Pelajaran Malaysia Di Institut Pengajian Tinggi Awam. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Tujuan penyelidikan ini adalah untuk mengkaji hubungan antara personaliti, salah laku dan pencapaian akademik mahasiswa lepasan STPM. Kajian turut meninjau kaitan antara latar belakang mahasiswa dengan personaliti. Latar belakang yang dikajikan adalah jantina, kedudukan mahasiswa dalam susunan adik-beradik, tahap pendidikan ibubapa mahasiswa dan pendapatan bulanan ibubapa mahasiswa. Sampel kajian seramai 372 orang mahasiswa (1 80 lelaki, 192 perempuan) adalah terdiri daripada pelajar semester pertama di 12 buah kolej kediaman di Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor. Mahasiswa tersebut adalah dari lepasan STPM tahun 2002. Inventori Personaliti Eysenck Junior dan Laporan Salah Laku Diri digunakan. Ujian korelasi Pearson menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang negatif signifikan ant~ras kor ekstrovert dengan keputusan STPM iaitu r = -0.191, p<0.01,manakala terdapat hubungan yang positif signifikan antara skor neurotik dengan keputusan STPM (r = 0.177, p<0.01). Dalam ujian t, dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara lelaki dan perempuan dengan skor neurotik iaitu t= 2.493, p<0.05. Manakala, dapatan kajian menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan antara lelaki dan perempuan dengan skor ekstrovert, t= 0.555, p>0.05. Ujian khi kuasa-dua menunjukkan terdapat perkaitan yang signifikan antara latar belakang mahasiswa dengan persoanliti kecuali kedudukan pelajar dalam susunan adik-beradik. Secara ringkasnya, dapatan kajian menunjukkan bahawa kini matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam rnelahirkan individu yang seimbang dari segi ilmu dan personaliti telah dicabar. Individu yang cemerlang akademik tidak semestinya mempunyai personaliti yang memuaskan. Di samping itu, latar belakang seseorang individu masih memainkan peranan yang penting dalam perkembangan personaliti seseorang individu.


Download File

[img] Text
FPP_2005_32.pdf

Download (629kB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: College students - Malaysia.
Subject: Personality and academic achievement - Malaysia.
Call Number: FPP 2005 32
Chairman Supervisor: Professor Madya Rahil Mahyuddin, PhD
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Nur Izyan Mohd Zaki
Date Deposited: 19 May 2010 08:54
Last Modified: 31 Oct 2023 08:13
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/6533
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item