Citation
Nordin, Abdul Sukor
(2005)
Aspirasi Pencapaian Pembelajaran dalam Bidang Kejuruteraan dan Minat Kerjaya di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Teknik.
Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Objektif kajian ini adalah untuk meninjau tahap aspirasi pencapaian pembelajaran
pelajar di Sekolah Menengah Teknik dalarn bidang kejuruteraan. Aspirasi
pencapaian pembelajaran pelajar dilihat daripada perspektif sikap terhadap
pembelajaran, usaha terhadap pembelajam dm cita-cita terhadap pembelajaran
dalam bidang kejuruteraan. Kajian ini juga bertujuan untuk mengend pasti minat
kerjaya di kalangan pelajar di Sekolah Menengah Teknik. Minat kerjaya yang
mencakupi enam jenis iaitu minat kerjaya Realistik, Menyelidik, Artistik, Sosial,
Daya Usaha dm Konvensional.Seramai 279 orang pelajar dari tiga buah Sekolah Menengah Teknik yang terlibat
dalam pengajian kejuruteraan telah digunakan sebagai responden dalam kajian ini.
Satu set soal selidik yang terdiri daripada 32 item mengenai aspirasi pencapaian
dalam pembelajaran kejuruteraan dm 160 item mengenai minat kerjaya berdasarkan
Inventori Minat Kerjaya Holland telah digunakan. Analisis deskriptif dan inferensi
(ujian korelasi Pearson, analisis varians dan ujian-t) telah digunakan untuk menjawab
persoalan-persoalan kajian.
Secara keseluruhan keputusan kajian menunjukkan bahawa tahap aspirasi pencapaian
pembelajaran dalam bidang kejuruteraan di kalangan pelajar di Sekolah Menengah
Teknik adalah sederhana tinggi dengan min 3.68. Secara khusus pula bagi aspek
sikap terhadap pembelajaran kejuruteraan minnya adalah 3.81, seterusnya aspek
usaha terhadap pembelajaran kejuruteraan minnya adalah 3.40 dan min asp& citacita
terhadap pembelajaran kejuruteraan adalah 3.82. Semakin tinggi pelajar itu
melihat akan pencapaian kejayaau, semakiu tinggi pula aspirasi yang ada pada diri
seseofatlg. Justeru itu pelajar di Sekolah Menengah Teknik dapat dilihat kejayaan
mereka melalui pencapaian pembelajaran mereka.
Dapatan kajian tentang minat kerjaya pelajar pula menunjukkan bahawa pelajar di
Sekolah Menengah Teknik paling meminati kerjaya Artistik (53.00/0), diikuti oleh
kerjaya Realistik (34.4%), kerjaya Sosial (32.3%), kerjaya Menyelidik (22.9%),
kerjaya Daya Usaha (20.1%) dm kerjaya Konvensional (13.6%). Pada keseluruhmya dapatan kajian menunjukkan bahawa hanya satu per tiga pelajar
meminati kerjaya Realistik iaitu berkaitan dengan kejuruteraan manakala dua per tiga
tidak meminati kerjaya Realistik. Sehubungan dengan itu minat kerjaya pelajar
secara keseluruhan akan bertambah apabila umur mereka semakin meningkat.
Apabila umur meningkat tanggungjawab diri dan kesedaran diri akan kepentingan
kerjaya akan menjadi keutamaan dalam kehidupan mereka
Analisis korelasi menunjukkan terdapat hubungan yang sangat kuat antara aspek
sikap dengan aspek usaha terhadap aspirasi pencapaian dalam pembelajaran
kejuruteraan r(279) = 0.718, p < 0.01. Aspirasi pencapaian pembelajaran bagi aspek
sikap dengan cita-cita terhadap pembelajaran kejuruteraan juga mempunyai
hubungan yang sangat kuat iaitu, r(279) = 0.738, p < 0.01. Begitu juga bagi
hubungan aspirasi pencapaian dalam pernbelajaran kejuruteraan antara aspek usaha
dengan aspek cita-cita terhadap pencapaian dalam pembelajaran kejuruteraan dengan
r(279) = 0.708, p < 0.01.
Dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan aspirasi pencapaian dalam
bidang kejuruteraan secara keseluruhan antara pelajar yang menmti kursus
Pengajian Kejuruteraan Awam, kursus Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan b u s
Pengajian Kejwuteraan Jentera, F(2,276) = 1.387, p > 0.05. Dapatan kajian juga
menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara kumpulan pelajar
Realisitik dengan kumpulan pelajar Bukan Realistik dari segi aspirasi pencapaian secara keseluruhan pada t(277) = 0.956, > 0.05. Ini juga menunjukkan aspirasi
pencapaian terhadap pembelajaran kejuruteraan di antara kumpulan pelajar Realistik
dm Bukan Realisth adalah tidak berbeza.
Hasil kajian secara keselwuhan dalam kajian h i dapat memberi gambaran tentang
aspirasi pencapaian dalam bidang kejuruteraan dm minat kerjaya di kalangan pelajar
Sekolah Menengah Teknik. Has2 kajian ini juga dapat membmtu Jabatan Pendidikan
Teknikal dalam mengenal pasti aspirasi pencapaian pelajar dalam bidang
kejuruteraan dm rninat kerjaya pelajar terhadap kejuruteraan. Justeru pihak Jabatan
Pendidikan Teknikal boleh menyusun agenda yang tersusun bagi merancang masa
depan untuk mencapai visi Jabatan Pendidikan Teknikal, iaitu untuk melahirkan
teknokrat yang berkualiti, mempunyai daya usaha, daya saing dm daya juang yang
tinggi, bagi memenuhi kehendak pasaran global pada masa ini.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |