UPM Institutional Repository

Faktor demografi bagi aspek kecerdasan emosi dan trait personaliti pemimpin pendidik Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT)


Citation

Md Nawi, Nurul Hudani and Redzuan, Ma'rof and Megat Ahmad, Puteri Hayati (2018) Faktor demografi bagi aspek kecerdasan emosi dan trait personaliti pemimpin pendidik Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT). In: Simposium Kebangsaan Kanak-Kanak dan Keluarga 2018 (SKKK2018), 26-27 Apr. 2018, Fakulti Psikologi dan Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah. (pp. 334-347).

Abstract

Kini, menjadi tanggapan umum bahawa kecerdasan emosi dan juga trait personaliti adalah merupakan kaedah terbaik bagi mempertingkatkan kualiti organisasi termasuklah meningkatkan prestasi kerja, komitmen, kepuasan kerja dan sebagainya. Aspek-aspek tersebut bukan menjadi hak mutlak bagi sektor awam dan swasta sahaja malah muncul sebagai indikator penting khususnya dalam konteks pendidikan bagi kelompok pemimpin pendidik di Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT). Objektif kajian adalah mengenal pasti perbezaan aspek kecerdasan emosi dan personaliti berdasarkan faktor demografi. Populasi kajian adalah terdiri daripada 836 pemimpin pendidik yang bekerja di 38 buah Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT). Sebanyak 330 soal selidik telah diedarkan kepada responden namun hanya seramai 306 (89%) responden yang terlibat dalam kajian ini (132 = lelaki; 174 = perempuan) yang dipilih melalui kaedah pensampelan kluster. Alat kajian yang digunakan adalah soal selidik Emotional Competence Inventory (ECI) untuk mengukur kecekapan kecerdasan emosi dan Five-Factor Model of Personality (NEO PI-R) bagi mengukur personaliti. Dapatan kajian menunjukkan kecerdasan emosi adalah berbeza berdasarkan aspek umur dalam kalangan pemimpin pendidik SBT. Namun sebaliknya tidak bagi faktor jantina.


Download File

[img] Text
018-2.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (655kB)

Additional Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Divisions: Faculty of Human Ecology
Keywords: Intelligent emotion; Personality; Educator leader
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 03 Sep 2018 04:16
Last Modified: 03 Sep 2018 04:16
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/64977
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item