UPM Institutional Repository

Pembelajaran berasaskan web (web based learning) dalam kalangan guru-guru bahasa Malaysia sekolah rendah daerah Bentong, Pahang


Citation

Ismail, Mohd Arif and Mahmud, Rosnaini and Sahid, Paridon and Yazid, Zainuddin (2007) Pembelajaran berasaskan web (web based learning) dalam kalangan guru-guru bahasa Malaysia sekolah rendah daerah Bentong, Pahang. In: 1st International Malaysian Educational Technology Convention (IMETC 2007), 2-5 Nov. 2007, Sofitel Palm Resort, Senai, Johor Bahru, Malaysia. (pp. 1042-1055).

Abstract

Pengajaran berasaskan web merujuk kepada penggunaan sumber-sumber World-Wide-Web (www) untuk membentuk persekitaran pengajaran yang lebih bermakna di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan Web dalam proses menyampaikan pengajaran dan pembelajaran dapat menghasilkan mementum kepada guru-guru dengan mengintegrasikan kemudahan ini dalam strategi pengajaran dan pembelajaran. Kajian yang berkaitan dengan tajuk yang berbentuk tinjauan ini telah dilakukan ke atas 31 orang guru Bahasa Malaysia yang mengajar di sepuluh buah sekolah rendah di daerah Bentong, Pahang. Tujuan kajian ialah mengenalpasti tahap kemahiran dan penggunaan laman web dalam kalangan guru-guru Bahasa Malaysia di Sekolah Rendah Daerah Bentong. Kajian ini menumpukan kepada aspek kemahiran dari segi pengetahuan, sikap dan pencapaian penggunaan laman web bagi guru-guru Bahasa Malaysia. Kajian ini mendapati guru telah bersedia terhadap pengajaran Bahasa Malaysia menggunakan Laman Web sebagai media yang dapat meningkatkan pencapaian pelajar dalam Bahasa Malaysia. Pembelajaran berasaskan web juga menyebabkan guru-guru mengorak langkah berfikir perihal corak pengajaran dan pembelajaran yang terkini dan secara tidak langsung berusaha mempelajari dan menguasai penggunaan teknologinya. Web merupakan perkakasan yang berkesan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran jika digunakan sebaik mungkin. Kemudahan link dikenalpasti sebagai cara mendapatkan sumber maklumat dan pengetahuan tanpa sempadan. Contoh yang relevan ialah penggunaan laman web dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia. Pengaplikasian laman web di dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia dapat direalisasikan dengan penggunaan secara terus dan secara terpilih sesebuah laman web yang berkaitan dengan sesuatu tajuk. Untuk tujuan ini, pelbagai laman web yang sesuai digunakan dengan menggunakan enjin gelintar untuk mencari web yang berkaitan dengan topik-topik tertentu.


Download File

[img] Text
763.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (267kB)

Additional Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Divisions: Faculty of Educational Studies
Publisher: Malaysian Educational Technology Association
Keywords: Web based learning; Malay language learning; Knowledge; Attitudes; Teacher
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 03 Sep 2018 03:49
Last Modified: 03 Sep 2018 03:49
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/64884
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item