UPM Institutional Repository

Sistem penilaian kebergunaan PKM (SPKpkm)


Citation

Sahari @ Ashaari, Noraidah and Abd Ghani, Abdul Azim and Selamat, Mohd Hasan and Md. Yunus, Aida Suraya (2007) Sistem penilaian kebergunaan PKM (SPKpkm). In: 1st International Malaysian Educational Technology Convention (IMETC 2007), 2-5 Nov. 2007, Sofitel Palm Resort, Senai, Johor Bahru, Malaysia. (pp. 157-164).

Abstract

Proses pengumpulan data menggunakan kaedah tinjauan perlu dipertingkatkan terutama dalam pentadbiran dan juga bidang penyelidikan. Ini adalah kerana pengumpulan data memerlukan masa dan kos yang banyak bagi menyalin instrumen, menyebarkan instrumen, melengkapkan instrumen oleh responden, mengumpul instrumen yang telah diisi, memasukkan maklum balas kedalam pangkalan data, memeriksa data yang tidak lengkap serta menganalisis dan mengira skor. Perkembangan teknologi rangkaian komputer berkeupayaan mengurangkan masa dan kos pengumpulan data. Berdasarkan dapatan kajian iaitu satu set soal selidik, Instrumen Penilaian Kebergunaan Perisian Kursus Matematik (IPKpkm) yang mempunyai metrik berpemberat dan pengiraan min skor yang mengambil kira faktor ralat penilaian, bidang pengkhususan penilai dan pengalaman penilai, satu sistem yang dapat memudahkan proses penilaian dan pengiraan skor kebergunaan dibangunkan. Kemudahan teknologi internet memberi peluang untuk membangunkan IPKpkm berasaskan web. Kertas ini membincangkan proses pembangunan Sistem Penilaian Kebergunaan Perisian Kursus Matematik (SPKpkm).


Download File

[img] Text
755.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (368kB)

Additional Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Divisions: Faculty of Computer Science and Information Technology
Faculty of Educational Studies
Publisher: Malaysian Educational Technology Association
Keywords: System to measure the usefulness; Evaluation error; Weighted metrics; Usefulness score
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 03 Sep 2018 03:50
Last Modified: 03 Sep 2018 03:50
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/64868
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item