UPM Institutional Repository

Aplikasi komputer dalam pengajaran bahasa: penguasaan guru dan kekangan dalam pelaksanaan


Citation

Othman, Yahya and Baki, Roselan (2007) Aplikasi komputer dalam pengajaran bahasa: penguasaan guru dan kekangan dalam pelaksanaan. In: 1st International Malaysian Educational Technology Convention (IMETC 2007), 2-5 Nov. 2007, Sofitel Palm Resort, Senai, Johor Bahru, Malaysia. (pp. 47-54).

Abstract

Pengajaran bahasa dengan menggunakan komputer adalah antara kaedah pengajaran yang dianggap bersesuaian dengan keperluan pendidikan kini. Penggunaan komputer dalam pengajaran bahasa mampu mempengaruhi keberkesanan pengajaran guru dan penguasaan kemahiran bahasa pelajar. Persoalannya ialah sejauh manakah guru Bahasa Melayu (BM) melaksanakan pengajaran menggunakan komputer dan tahap penguasaan guru serta kekangan yang dihadapi. Maka kajian secara tinjauan ini meneliti tahap dan kekangan dalam melaksanakan pengajaran bahasa menggunakan komputer. Di samping itu, kajian juga mengkaji kekangan yang mengganggu pelaksanaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. Sampel kajian terdiri daripada 87 guru BM di sekitar daerah Hulu Langat, Selangor. Dapatan kajian menunjukkan sampel kajian menguasai konsep pengajaran bahasa berbantukan computer dan kebanyakan mereka telah mengikuti kursus asas komputer. Kursus yang berkaitan penyediaan bahan pengajaran multimedia, penggunaan internet dan pembinaan laman web agak kurang diberikan perhatian. Kesan pengajaran BM menggunakan komputer kepada pelajar agak positif terutamanya kepada pelajar yang cerdas. Kekangan utama yang dihadapi oleh guru dalam menjalankan pengajaran BM berbantukan komputer ialah guru kurang mahir mengendalikan komputer untuk pengajaran dan pelajar kurang berminat dalam pembelajaran.


Download File

[img] Text
752.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (40kB)

Additional Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Divisions: Faculty of Educational Studies
Publisher: Malaysian Educational Technology Association
Keywords: Computer usage; Barriers; Competency; Teaching and learning; Teacher
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 03 Sep 2018 03:50
Last Modified: 03 Sep 2018 03:50
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/64865
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item