UPM Institutional Repository

Faktor-faktor yang mempengaruhi motivasi pencapaian dalam kalangan pelajar bidang hospitaliti kolej vokasional


Citation

Saad, Siti Aishah (2015) Faktor-faktor yang mempengaruhi motivasi pencapaian dalam kalangan pelajar bidang hospitaliti kolej vokasional. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengukur tahap motivasi pencapaian pelajar dan menentukan hubungan antara sikap pelajar terhadap kursus, sokongan ibu bapa, pengaruh rakan sebaya, peranan guru dan persekitaran bengkel dengan motivasi pencapaian. Selain itu kajian juga bertujuan menentukan perbezaan motivasi pencapaian dalam kalangan pelajar pelbagai kursus. Di samping itu, faktor yang mempengaruhi motivasi pencapaian di bidang Hospitaliti Kolej Vokasional di Semenanjung Malaysia turut diukur. Pembolehubah bebas kajian adalah latar belakang, sikap pelajar terhadap kursus, sokongan ibu bapa, pengaruh rakan sebaya, peranan guru dan persekitaran bengkel. Manakala pembolehubah bersandar adalah motivasi pencapaian dalam kalangan pelajar bidang Hospitaliti Kolej Vokasional. Kajian tinjauan dan hubungan ini melibatkan 687 orang pelajar Tahun Satu bidang Hospitaliti Kolej Vokasional di Semenanjung Malaysia yang dipilih secara persampelan kelompok dan persampelan rawak mudah. Instrumen kajian telah diadaptasi oleh penyelidik berdasarkan kajian-kajian lepas iaitu kajian Siti Paridah Jailani (2009); Maya (2001); Chiu (1997); Lang & Stefan (2006); Selcuk, Mehmet, & Acikgoz (2011); Nelson & Debacker (2008). Data dikumpul sendiri oleh penyelidik. Data yang diperoleh telah dianalisis melalui statistik deskriptif dan inferensi. Dapatan kajian menunjukkan majoriti pelajar bidang Hospitaliti mempunyai tahap motivasi pencapaian yang tinggi. Hasil analisis varians sehala (ANOVA) menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan bagi motivasi pencapaian dalam kalangan pelajar pelbagai kursus. Walaubagaimanapun hasil analisis korelasi menunjukkan terdapat hubungan signifikan yang positif dan kuat antara faktor sikap terhadap bidang kursus dengan motivasi pencapaian responden. Selain itu terdapat hubungan signifikan yang positif dan sederhana bagi pembolehubah sokongan ibu bapa, pengaruh rakan sebaya, peranan guru dan persekitaran bengkel dengan motivasi pencapaian. Keputusan analisis regresi berganda pula menunjukkan faktor sikap pelajar terhadap kursus adalah faktor penyumbang utama kepada motivasi pencapaian murid. Sebagai cadangan bagi meningkatkan tahap motivasi pencapaian murid, usaha perlu dilakukan untuk memupuk sikap positif pelajar terhadap kursus yang dipelajari di Kolej Vokasional. Beberapa cadangan telah dikemukakan untuk tujuan penambahbaikan dan penyelidikan pada masa akan datang.


Download File

[img]
Preview
Text
FPP 2015 36IR (EDITED).pdf

Download (7MB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Motivation in education - Vocational education - Malaysia
Subject: Academic achievement
Call Number: FPP 2015 36
Chairman Supervisor: Profesor Madya Rosini Binti Abu, Ed.D
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Haridan Mohd Jais
Date Deposited: 08 Nov 2018 07:31
Last Modified: 08 Nov 2018 07:31
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/64774
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item