Simple Search:

Kesan Perlaksanaan Modul Kerjaya Terhadap Kematangan Kerjaya Pelajar Sekolah Menengah Di Selangor


Citation

Tan, Wat Jin (2005) Kesan Perlaksanaan Modul Kerjaya Terhadap Kematangan Kerjaya Pelajar Sekolah Menengah Di Selangor. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract / Synopsis

Kajian ini bertujuan untuk menguji kesan perlaksanaan modul kerjaya terhadap kematangan kerjaya pelajar di sebuah sekolah menengah di Negeri Selangor. Reka bentuk kajian yang digunakan ialah kajian true experimental, iaitu reka bentuk kumpulan kawalan rawak praujian-pasca ujian. Sampel kajian terdiri daripada 40 pelajar Tingkatan Empat yang diagihkan kepada dua kumpulan mengikut kaedah persampelan rawak mudah. Dua kumpulan tersebut adalah kumpulan eksperimen yang mendapat rawatan dan kumpulan kawalan yang tidak diberi apa-apa rawatan. Kumpulan eksperimen menjalani rawatan selama tujuh belas hari menggunakan modul kerjaya yang mengandungi enam bahagian yang dihasilkan oleh Hanid Abdul Halit. Kedua-dua kumpulan ini telah diberikan lnventori Kematangan Kerjaya (Crites & Savickas, 1995) sebelum dan selepas rawatan. Inventori Kematangan Kerjaya digunakan kerana alat ukuran ini sesuai untuk mengukur tahap kematangan kerjaya pelajar. Statistik yang digunakan ialah statistik deskriptif (min, sisihan piawai, frekuensi dan peratus) serta statistik inferensi (ujian-t). Keputusan kajian menunjukkan bahawa modul kerjaya dapat meningkatkan kematangan kerjaya di kalangan pelajar secara berkesan. Kumpulan eksperimen menunjukkan signifikan hasil daripada kesan perlaksanaan program iaitu [t(19) = -8.682, p < .05]. Dapatan kajian ini menunjukkan betapa perlu dan pentingnya Kementerian Pelajaran Malaysia memperkenalkan Program Kerjaya dalam kurikulum sekolah untuk membantu perkembangan dan kematangan kerjaya pelajar.


Download File

[img]
Preview
PDF
FPP_2005_23(1-24).pdf

Download (844kB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Career education - Selangor
Subject: School-to-work transition - Selangor
Call Number: FPP 2005 23
Chairman Supervisor: Professor Madya Sidek bin Mohd Noah, PhD
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Nur Izyan Mohd Zaki
Date Deposited: 14 May 2010 08:49
Last Modified: 27 May 2013 07:29
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/6462
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item