Citation
Tan, Wat Jin
(2005)
Kesan Perlaksanaan Modul Kerjaya Terhadap Kematangan Kerjaya Pelajar Sekolah Menengah Di Selangor.
Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk menguji kesan perlaksanaan modul kerjaya terhadap
kematangan kerjaya pelajar di sebuah sekolah menengah di Negeri Selangor. Reka
bentuk kajian yang digunakan ialah kajian true experimental, iaitu reka bentuk kumpulan
kawalan rawak praujian-pasca ujian. Sampel kajian terdiri daripada 40 pelajar Tingkatan
Empat yang diagihkan kepada dua kumpulan mengikut kaedah persampelan rawak
mudah. Dua kumpulan tersebut adalah kumpulan eksperimen yang mendapat rawatan
dan kumpulan kawalan yang tidak diberi apa-apa rawatan. Kumpulan eksperimen
menjalani rawatan selama tujuh belas hari menggunakan modul kerjaya yang
mengandungi enam bahagian yang dihasilkan oleh Hanid Abdul Halit. Kedua-dua
kumpulan ini telah diberikan lnventori Kematangan Kerjaya (Crites & Savickas, 1995)
sebelum dan selepas rawatan. Inventori Kematangan Kerjaya digunakan kerana alat
ukuran ini sesuai untuk mengukur tahap kematangan kerjaya pelajar. Statistik yang
digunakan ialah statistik deskriptif (min, sisihan piawai, frekuensi dan peratus) serta statistik inferensi (ujian-t). Keputusan kajian menunjukkan bahawa modul kerjaya dapat
meningkatkan kematangan kerjaya di kalangan pelajar secara berkesan. Kumpulan
eksperimen menunjukkan signifikan hasil daripada kesan perlaksanaan program iaitu
[t(19) = -8.682, p < .05]. Dapatan kajian ini menunjukkan betapa perlu dan pentingnya
Kementerian Pelajaran Malaysia memperkenalkan Program Kerjaya dalam kurikulum
sekolah untuk membantu perkembangan dan kematangan kerjaya pelajar.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |