Citation
Ismail, Mohd Ashri and Sha'ri, Sharil Nizam and Dani, Noor Aina and Nik Muhamad Affendi, Nik Rafidah and Kamaruddin, Rohaidah
(2017)
Tahap pemahaman teks KOMSAS dalam kalangan pelajar Orang Asli, di SMK Mengkarak, Bera, Pahang.
Jurnal Sultan Alauddin Sulaiman Shah, 4 (2).
pp. 108-119.
ISSN 2462-1692; ESSN: 2289-8042
Abstract
Kemahiran membaca merupakan aspek yang sangat ditekankan dalam Sukatan Pelajaran bahasa Bahasa Melayu sekolah rendah sehinggalah ke peringkat menengah. Hal ini kerana melalui kemahiran membaca dalam kalangan pelajar akan meningkatkan penguasaan dan pencapaian pelajar dalam bahasa Melayu. Penguasaan kemahiran membaca akan memudahkan pelajar memahami dan mendapatkan informasi yang berguna daripada bahan yang dibaca. Objektif kajian ini adalah mengenal pasti faktor ekstra linguistik dalam kalangan pelajar Orang Asli terhadap bahasa Melayu sebagai bahasa kedua, dan meneliti tahap pemahaman teks KOMSAS prosa moden dan tradisional dalam kalangan pelajar Orang Asli. Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan boring soal selidik, teks petikan prosa moden dan tradisional serta borang perkataan yang sukar difahami. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif dan dianalisis menggunakan statistik deskriptif. Secara umumnya dapatan kajian ini menunjukkan faktor ekstra linguistik galakan keluarga, motivasi dan sikap sangat penting kepada pelajar Orang Asli untuk mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Selain itu, kajian juga menunjukkan tahap pemahaman teks KOMSAS moden dan tradisional dalam kalangan pelajar Orang Asli di SMK Mengkarak masih pada peringkat rendah.Justeru, pendekatan strategi bacaan yang berkesan perlu diterapakan dalam pengajaran bahasa Melayu terutamanya teks KOMSAS supaya pelajar Orang Asli lebih memahami dan menguasai teks yang dibaca itu.
Download File
Preview |
|
Text (Abstrak)
Tahap pemahaman teks KOMSAS dalam kalangan pelajar Orang Asli, di SMK Mengkarak, Bera, Pahang.pdf
Download (36kB)
| Preview
|
|
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |