UPM Institutional Repository

Pemilihan bahan bacaan Arab dalam kalangan pelajar universiti awam


Citation

Ahmad Radzi, Noor Adawiyah and Mustapha, Nik Farhan and Hajimaming @ Toklubok, Pabiyah (2017) Pemilihan bahan bacaan Arab dalam kalangan pelajar universiti awam. Jurnal Kesidang, 2 (1). pp. 144-153. ISSN 2550-1674; ESSN: 2600-7851

Abstract

Pemilihan bidang atau topik yang diminati pelajar merupakan antara elemen penting dalam proses membaca sesuatu bahan bacaan. Topik yang tidak diminati akan membuatkan pelajar kurang berminat untuk meneruskan pembacaan. Dalam konteks bahasa Arab di Malaysia, kajian lepas membuktikan para pelajar kurang berminat untuk membaca bahan berbahasa Arab. Justeru, kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti bidang bahan bacaan yang menjadi pilihan pelajar, kekerapan bidang pilihan pelajar serta perbezaan jantina dalam pemilihan bidang bacaan. Seramai 543 orang pelajar Universiti Awam yang sedang mengikuti pengajian bahasa Arab sepenuh masa di empat Universiti Awam sekitar Lembah Klang telah dipilih. Pengumpulan data adalah menggunakan Ujian Inventori Minat Dapatan kajian mendapati bahawa pelajar Universiti Awam lebih cenderung memilih bahan bacaan dalam bidang pendidikan, keagamaan dan makanan. Selain itu, hasil Ujian-t pula mendapati hanya bidang pemakanan sahaja yang menunjukkan perbezaan di antara responden lelaki dan perempuan. Hasil kajian dijangka dapat membantu tenaga pengajar dalam memilih bahan bacaan yang sesuai dengan kehendak pelajar agar masalah kurang minat dalam membaca dapat diatasi.


Download File

[img]
Preview
Text (Abstrak)
Pemilihan bahan bacaan Arab dalam kalangan pelajar universiti awam.pdf

Download (35kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Publisher: Penerbit Kolej Universiti Islam Melaka
Keywords: Field; Arabic literature; Interests; Students of public university
Depositing User: Nurul Ainie Mokhtar
Date Deposited: 13 Aug 2018 02:46
Last Modified: 13 Aug 2018 02:46
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/64589
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item