Citation
Salehan, Dinie Asyraf and Hassan @ Hussin, Omrah
(2017)
Tinjauan awal strategi kognitif pemahaman mendengar dalam kalangan pelajar bacelor bahasa Perancis.
Jurnal Kesidang, 2 (1).
pp. 128-143.
ISSN 2550-1674; ESSN: 2600-7851
Abstract
Pemahaman mendengar merupakan salah satu kemahiran yang boleh dikuasai oleh pelajar dalam proses pembelajaran bahasa asing menerusi aktiviti mendengar teks-teks audio. Kemahiran ini merupakan sebuah aspek yang penting untuk dimiliki oleh para pelajar bahasa asing disebabkan kemahiran mendengar itu sendiri merupakan kemahiran asas dalam mempelajari satu-satu bahasa, lebih-lebih lagi untuk pembelajaran asing di institusi pendidikan tinggi. Kajian tinjauan awal ini dijalankan sebagai lanjutan daripada kajian-kajian lampau mengenai kemahiran pemahaman mendengar, dengan tumpuan diberikan kepada strategi pemahaman mendengar para pelajar peringkat bacelor di universiti yang mengambil jurusan bahasa asing, iaitu bahasa Perancis. Kajian ini dibataskan kepada jenis strategi kognitif, salah satu strategi yang telah diketengahkan oleh O’Malley, Chamot dan Kupper (1989) dan Vandergrift (1997). Dapatan menunjukkan bahawa pelajar bahasa Perancis di universiti mengamalkan beberapa jenis strategi kognitif dalam kemahiran pemahaman mendengar dan hal tersebut membantu mereka untuk memahami teks-teks audio sebagai bahan penguasaan kemahiran mendengar dalam proses pembelajaran.
Download File
Preview |
|
Text (Abstrak)
Tinjauan awal strategi kognitif pemahaman mendengar dalam kalangan pelajar bacelor bahasa Perancis.pdf
Download (49kB)
| Preview
|
|
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |