UPM Institutional Repository

Gambaran kehendak watak orang kurang upaya (OKU) dalam novel Lambaian Kinabalu


Citation

Mohd Nasir, Nor Afiza (2017) Gambaran kehendak watak orang kurang upaya (OKU) dalam novel Lambaian Kinabalu. Jurnal Kesidang, 2 (1). pp. 60-74. ISSN 2550-1674; ESSN: 2600-7851

Abstract

Kajian ini dijalankan dengan bertitik tolak daripada fahaman bahawa manusia dilahirkan dengan mempunyai kehendak yang berbeza di antara satu sama lain. Dalam hal ini, Orang Kurang Upaya (OKU) juga tidak terkecuali mempunyai kehendak mereka sendiri. Selalunya, kehendak manusia adalah untuk mendapatkan dan memperbaiki kehidupan ke arah yang lebih selesa. Dalam memenuhi kehendak tersebut manusia akan memikirkan langkah yang sesuai dalam memenuhi setiap kehendak itu. Oleh itu, objektif kajian ini ialah mengenal pasti kehendak-kehendak watak OKU dalam novel Lambaian Kinabalu di samping menganalisis masalah, tindakan dan kesan tindakan watak OKU dalam memenuhi setiap kehendak tersebut. Untuk mencapai objektif yang telah digariskan, kajian akan menggunakan teori Hierarki Kehendak Maslow (1970). Hasil dapatan menunjukkan setiap kehendak watak OKU wujud selari dengan apa yang digariskan dalam teori Hierarki Kehendak Manusia iaitu terdiri daripada kehendak tahap keperluan fisiologi, keselamatan, kasih sayang, penghargaan diri dan tahap keperluan kesempurnaan kendiri.


Download File

[img]
Preview
Text (Abstrak)
Gambaran kehendak watak orang kurang upaya (OKU) dalam novel Lambaian Kinabalu.pdf

Download (36kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Universiti Putra Malaysia
Publisher: Penerbit Kolej Universiti Islam Melaka
Keywords: Desirability; Maslow's Hierarchy of Will theory (1970); People with disabilities
Depositing User: Nurul Ainie Mokhtar
Date Deposited: 13 Aug 2018 02:46
Last Modified: 13 Aug 2018 02:46
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/64586
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item