Citation
Abdul Rahman, Nadiatul Shakinah and Sujud, Arba'ie and Noor Muhammad, Salmah Jan
(2016)
Pesanan dan peringatan dalam Syair Jamad al-Qiamat.
Pertanika MAHAWANGSA, 3 (2).
pp. 129-154.
ISSN 2289-7259
Abstract
Makalah ini berfokus kepada pesanan dan peringatan yang terdapat di dalam Syair Jamad al-Qiamat. Makalah ini dimulai dengan latar belakang naskhah yang digunakan. Kemudian, makalah ini memperihalkan tentang pesanan dan peringatan kepada manusia serta kronologi peristiwa dan tanda-tanda hari kiamat seperti yang terkandung dalam syair tersebut. Fokus utama makalah ini adalah pesanan kepada manusia iaitu kepentingan menuntut ilmu dan pencarian rezeki dari sumber yang halal serta peringatan iaitu pembalasan untuk manusia yang lalai dan mungkar, ganjaran untuk manusia yang patuh dan beramal soleh serta setiap makhluk yang bernyawa pasti mati. Selain itu, makalah ini juga turut memberikan peringatan tentang tanda-tanda besar kiamat iaitu kemunculan Imam Mahdi sebagai pemimpin ummah, keluarnya Dajal al-Masih sebagai perosak dunia dan Pencetus fitnah, turunnya Nabi Isa untuk menyelamatkan umat manusia, Yakjuj dan Makjuj membinasakan dunia serta Israfil peniup sangkakala. Hasil kajian mendapati bahawa pesanan,peringatan dan tanda-tanda kiamat yang terdapat dalam syair ini sememangnya juga turut diceritakan di dalam al-Quran dan hadis. Oleh itu, dengan terhasilnya makalah ini dapat memberikan gambaran dan penerangan yang jelas tentang pesanan dan peringatan kepada manusia agar dapat dijadikan sebagai panduan dan pengajaran.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |