UPM Institutional Repository

Amalan Penilaian Program Latihan Institusi Latihan Kerajaan dan Swasta


Citation

Mohd Su'ud, Hafizah (2005) Amalan Penilaian Program Latihan Institusi Latihan Kerajaan dan Swasta. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Kerajaan Malaysia telah memberikan keutamaan ke atas penilaian program latihan. Untuk itu, terdapat banyak institusi latihan yang menyediakan programprogram latihan mengandungi penilaian latihan. Walau bagaimanapun, kajian yang pernah dibuat ke atas amalan penilaian program latihan di negara ini amat terbatas. Oleh itu, kajian ini dilakukan dengan empat objektif iaitu mengenalpasti rekabentuk penilaian latihan, mengenalpasti kaedah penilaian latihan, mengenalpasti peringkat-peringkat penilaian latihan dan untuk menentukan persamaan dan perbezaan ke atas amalan penilaian latihan di antara institusi latihan kerajaan dan institusi latihan swasta di tiga kawasan iaitu Bandar Baru Bangi, Kajang dan Serdang, Selangor. Sejumlah 109 orang pegawai latihan terlibat sebagai responden kajian. lnstrumen utama kajian adalah borang soal-selidik yang mana ianya dihasilkan berdasarkan Model Penilaian Bennet (1976). Statistik deskriptif seperti min,sisihan piawai,peratus dan frekuensi digunakan semasa menganalisa data. Ujian - t pula digunakan dalam membandingkan amalan penilaian program latihan di antara institusi latihan kerajaan dan institusi latihan swasta. Hasil daripada kajian yang dijalankan mendapati bahawa (i) responden kerap menjalankan penilaian selepas sesebuah program latihan selesai dijalankan (min 4.44); (ii) kaedah penilaian latihan yang paling kerap diamalkan oleh responden kajian adalah penggunaan borang soal-selidik (min 4.68); (iii) hasil kajian juga mendapati bahawa responden kerap menjalankan penilaian di peringkat keempat (Peringkat Reaksi - daripada model penilaian yang diperkenalkan oleh Bennet, 1976). Hasil kajian turut menunjukkan bahawa tiada perbezaan yang signifikan ke atas rekabentuk penilaian, kaedah penilaian dan peringkat-peringkat penilaian yang diamalkan oleh pegawai latihan di antara kedua-dua jenis institusi latihan tersebut. Cadangan bagi meningkatkan kajian ke atas bidang latihan dan penilaian pada masa kini dan masa hadapan telah diketengahkan.


Download File

[img] Text
FPP_2005_14.pdf

Download (720kB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Training - Evaluation - Malaysia.
Subject: Political science - Malaysia.
Subject: Private companies - Malaysia.
Call Number: FPP 2005 14
Chairman Supervisor: Puan Hjh Rusinah Joned
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Nur Izyan Mohd Zaki
Date Deposited: 14 May 2010 07:52
Last Modified: 30 Oct 2023 07:51
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/6448
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item