UPM Institutional Repository

Nilai sosiobudaya dalam cerita kanak-kanak pilihan


Citation

Nik Muhamad Affendi, Nik Rafidah and Awang Pawi, Awang Azman (2017) Nilai sosiobudaya dalam cerita kanak-kanak pilihan. In: Persidangan Antarabangsa Sains Sosial & Kemanusiaan Kali ke-2 (PASAK 2017), 26-27 Apr. 2017, Pusat Konvensyen Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor. .

Abstract

Penyerapan nilai-nilai sosiobudaya ada diterapkan dalam cerita-cerita rakyat sama ada secara tersurat mahupun tersirat. Namun, perubahan zaman memberi kesan kepada tumpuan kanak-kanak terhadap buku yang merupakan medium tradisi. Kanak-kanak mula terdedah kepada pelbagai bahan multimedia. Justeru, penyerapan nilai sosiobudaya dalam cerita-cerita klasik kian dilupakan. Apakah cerita-cerita berbentuk klasik warisan masyarakat Melayu tradisi sudah tidak relevan lagi pada dunia hari ini? Justeru, kajian ini akan merungkaikan persoalan tersebut.Dalam kajian ini pengkaji akan mengklasifikasikan dan menganalisis nilai-nilai sosiobudaya yang terdapat dalam cerita-cerita rakyat pilihan. Seramai 640 orang kanak-kanak yang berusia antara 9 hingga 10 tahun dari kawasan bandar dan luar bandar di Kelantan, Melaka, Sarawak, Sabah, Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan Putra Jaya dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dipilih secara rawak sebagai responden. Dapatan kajian menunjukkan masih lagi ramaikanak-kanak di Malaysia dapat memahami akan relevan penerapan sosiobudaya dalam cerita-cerita klasik. Namun, terdapat juga kanak-kanak yang tidak tahu menilai akan kepentingan nilai-nilai yang diterapkan dalam cerita.


Download File

[img] Text
01-PM-DR.RAFIDAH.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (763kB)

Additional Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Keywords: Children's literature; Value; Sociocultural; Folktales
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 06 Jul 2018 09:09
Last Modified: 06 Jul 2018 09:09
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/64465
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item