Citation
Nik Muhamad Affendi, Nik Rafidah and Awang Pawi, Awang Azman
(2017)
Nilai sosiobudaya dalam cerita kanak-kanak pilihan.
In: Persidangan Antarabangsa Sains Sosial & Kemanusiaan Kali ke-2 (PASAK 2017), 26-27 Apr. 2017, Pusat Konvensyen Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor. .
Abstract
Penyerapan nilai-nilai sosiobudaya ada diterapkan dalam cerita-cerita rakyat sama ada secara tersurat mahupun tersirat. Namun, perubahan zaman memberi kesan kepada tumpuan kanak-kanak terhadap buku yang merupakan medium tradisi. Kanak-kanak mula terdedah kepada pelbagai bahan multimedia. Justeru, penyerapan nilai sosiobudaya dalam cerita-cerita klasik kian dilupakan. Apakah cerita-cerita berbentuk klasik warisan masyarakat Melayu tradisi sudah tidak relevan lagi pada dunia hari ini? Justeru, kajian ini akan merungkaikan persoalan tersebut.Dalam kajian ini pengkaji akan mengklasifikasikan dan menganalisis nilai-nilai sosiobudaya yang terdapat dalam cerita-cerita rakyat pilihan. Seramai 640 orang kanak-kanak yang berusia antara 9 hingga 10 tahun dari kawasan bandar dan luar bandar di Kelantan, Melaka, Sarawak, Sabah, Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan Putra Jaya dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dipilih secara rawak sebagai responden. Dapatan kajian menunjukkan masih lagi ramaikanak-kanak di Malaysia dapat memahami akan relevan penerapan sosiobudaya dalam cerita-cerita klasik. Namun, terdapat juga kanak-kanak yang tidak tahu menilai akan kepentingan nilai-nilai yang diterapkan dalam cerita.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |