Citation
Mohd Rashid, Ismail
(2005)
Penilaian Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Terhadap Keberkesanan Penggunaan KPMNet.
Doctoral thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Kajian yang diklasifikasikan sebagai deskriptif ini bertujuan untuk menentukan
keberkesanan penggunaan sistem Rangkaian Kementerian Pendidikan Malaysia (sekarang
Kementerian Pelajaran Malaysia) (KPMNet) berdasarkan persepsi Pegawai-Pegawai
Perkhidmatan Pendidikan (PPP) di Semenanjung Malaysia. Kajian ini dilaksanakan
berasaskan kaedah tinjauan dengan menggunakan sod selidik. Kajian ini menggunakan
faktor latar belakang pengguna, konteks (hala tuju), input (sumber dan tenaga kerja),
proses penggunaan (perlaksanaan) dan produk (hasil dan kesan) bagi menentukan dan
mengenal pasti keberkesanan penggunaan KPMNet oleh PPP. Kajian ini juga bertujuan
untuk mengenal pasti keberkesanan keseluruhan penggunaan KPMNet oleh PPP. Selain
itu, kajian ini bertujuan untuk menentukan pemboleh ubah yang menjadi penyumbang
utama kepada pencapaian matlamat penggunaan KPMNet sebagai produk. Model Dimensi
Utama Penilaian Penggunaan Rangkaian Pendidikan (DUPPRP) yang diubah suai dari model CIPP yang dikemukakan oleh Stufflebeam et al. (1971) yang berlandaskan konsep
Pengurusan Proses (PP) dan pendekatan penilaian proses dan faktor (P&F) digunakan
dalam kajian ini. Teori penilaian program yang digunakan ialah berasaskan teori
"Management Oriented Evaluation" seperti yang dikemukakan oleh Worthen dan Sanders
(1987).
Populasi kajian ini terdiri daripada 477 orang PPP dari 11 buah Jabatan Pendidikan Negeri
(JPN) di Semenanjung Malaysia, iaitu Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu, Pahang,
Johor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur), Negeri Sembilan, Selangor, Perak dan Pulau
Pinang. Satu set instrumen sod selidik dibina oleh pengkaji dan didapati mempunyai nilai
kebolehpercayaan Alfa Cronbach antara 0.82 dan 0.99. Data diproses dengan
menggunakan program SPSS-Windows versi 7.5. Statistik deskriptif menggunakan
fiekuensi, peratusan, min dan sisihan piawai digunakan bagi menjawab persoalan kajian.
Analisis berstatistik regresi berganda juga digunakan untuk mengenal pasti pemboleh
ubah yang menyumbang kepada penggunaan KPMNet sebagai produk.
Hasil kajian menunjukkan secara keseluruhan penggunaan KPMNet di kalangan PPP di
setiap JPN Semenanjung Malaysia adalah tinggi. Sehubungan itu, keseluruhannya boleh
dikatakan bahawa persepsi PPP menerangkan bahawa penggunaan KPMNet berkesan.
Penggunaan berkesan kerana pemahaman PPP tentang matlamat, objektif, misi dan
sumbangan KPMNet yang dapat dipupuk melalui bahan-bahan atau maklumat yang
diguna pakai secara bersama. Bagaimanapun, hasil kajian juga menunjukkan kelemahan
dalam penggunaan KPMNET kerana terdapat PPP tidak menggunakan EducatioNet dalam aspek-aspek tertentu, kemungkinan sebab tidak berminat, kekangan masa dm tiada
kemahiran. Selain itu, berdasarkan analisis regresi berganda didapati interaktiviti dengan
menggunakan EducatioNet, persembahan maklumat menggunakan EducatioNet
(kandungan maklumat), perlaksanaan tugas dengan menggunakan EducatioNet;
pemantauan dengan menggunakan EducatioNet, tenaga kerja berkaitan dengan KPMNet,
perkongsian maklumat pendidikan dengan menggunakan EducatioNet, rnisi KPMNet dan
perkakasan KPMNet menyumbang kepada pencapaian matlamat, objektif, rnisi, visi dan
kesan KPMNet sebagai produk.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |