Citation
Mat Amin, Khairul Azwan and Abu Talib, Mansor
(2017)
Hubungan daya tindak dan stres dengan kesediaan kerjaya dalam kalangan pelajar semester akhir diploma Kolej Profesional Mara Ayer Molek, Melaka.
In: Persidangan Kerja Sosial Kebangsaan 2017 (PESAN 2017), 12-13 Jul. 2017, Institut Sosial Malaysia, Kuala Lumpur. (pp. 316-320).
Abstract
Kesediaan kerjaya dalam kalangan pelajar amat perlu diberi perhatian terutama bagi pelajar yang akan menamatkan pengajian di sesebuah institusi pengajian. Seseorang pelajar dianggap bersedia untuk menempuh alam pekerjaan setelah melengkapkan proses penerokaan dan perancangan kerjaya serta membuat keputusan berkaitan dengan kerjaya mereka (M. Faizal & M. Azrul, 2015). Bagi pelajar yang masih tidak membuat persediaan kerjaya akan menghadapi rasa stres serta tercari-cari strategi daya tindak yang perlu dilakukan untuk meredakan tahap stres yang dialami. Kertas kerja ini bertujuan untuk membincangkan perkaitan antara strategi daya tindak terhadap stres dan hubungannya dengan tahap kesediaan kerjaya dalam kalangan pelajar semester akhir Kolej Profesional MARA Ayer Molek, Melaka. Perbezaan antara faktor demografi (Social Economic Status, jantina) dengan tahap stres serta hubungan dengan kesediaan kerjaya dalam diri pelajar turut dibincangkan. Perbincangan ini juga meliputi pelajar program Diploma Perakaunan dan Diploma Pengurusan Perniagaan Kolej Profesional MARA Ayer Molek, Melaka. Pelajar-pelajar semester akhir yang tidak mempersiapkan diri dengan kesediaan kerjaya serta tiada daya tindak yang cukup sangat signifikan untuk mengalami stress.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |