UPM Institutional Repository

Motivasi, Gaya Pembelajaran dan Kebolehan Kognitif Pelajar Sekolah Menengah Teknik


Citation

Abd Razak, Sarimah (2005) Motivasi, Gaya Pembelajaran dan Kebolehan Kognitif Pelajar Sekolah Menengah Teknik. Doctoral thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Motivasi, gaya pembelajaran dan kebolehan kognitif memainkan peranan penting dan menjadi penentu kepada kejayaan akademik pelajar dan kejayaan di tempat kerja kelak. Motivasi merupakan tenaga dan penggerak serta berpengaruh dalam mempertingkatkan pemprosesan kognitif dan seterusnya peningkatan prestasi pelajar dalam pembelajaran. Gaya pembelajaran pula mengandungi perlakuan nyata yang bertindak sebagai petunjuk tentang bagaimana pelajar belajar daripada persekitaran, menyesuaikan diri dengannya dan bagaimana minda pelajar beroperasi. Kebolehan kognitif boleh menyediakan satu gambaran tepat tentang prestasi pelajar di sekolah dan didapati berkait dengan gender, pengkhususan akademik, motivasi dan gaya pembelajaran pelajar serta penyampaian pengajaran guru. Disebabkan kepentingan semua pembolehubah yang dikaji dan penekanan kepada pendidikan teknikal dan vokasional dalam menghasilkan sumber manusia mahir di abad ke-21 bagi negara ini, kajian ini dijalankan dengan tujuan: 1) mengenal pasti tahap motivasi intrinsik pelajar Sekolah Menengah Teknik (SMT), 2) mengenal pasti persepsi pelajar terhadap penyampaian pengajaran guru SMT, 3) mengenal pasti gaya pembelajaran pelajar SMT, 4) menentukan tahap kebolehan kognitif pelajar SMT, 5) menentukan perbezaan dalam tahap kebolehan kognitif mengikut gender dan pengkhususan akademik pelajar SMT, 6) menentukan hubungan antara kebolehan kognitif dengan gender, pengkhususan akademik, motivasi intrinsik, penyampaian pengajaran guru dan gaya pembelajaran dan 7) mengenal pasti faktor yang mempengaruhi kebolehan kognitif pelajar SMT. Data daripada kajian deskriptif-korelasi ini dikumpul melalui kaedah tinjauan yang menggunakan ujian, inventori piawai dan soal selidik. Sampel kajian terdiri daripada 635 orang pelajar SMT yang dipilih dengan menggunakan prosedur persampelan pelbagai tahap. Kadar respons ialah 91.02% (578 responden). Statistik deskriptif dan inferensi telah digunakan bagi menganalisis data kajian. Dapatan kajian menunjukkan pelajar SMT aliran Pendidikan Teknikal mempunyai motivasi intrinsik bertahap sederhana. Persepsi pelajar terhadap penyampaian pengajaran guru mereka pula berada di tahap tinggi. Dari segi gaya pembelajaran, mereka merupakan penyesuai dan pemusat. Pelajar ini juga mempunyai tahap kebolehan kognitif lisan, kuantitatif, ruangan dan Seterusnya, hasil kajian ini menunjukkan terdapat perbezaan signifikan dalam kebolehan kognitif lisan, kuantitatif dan ruangan mengikut gender. Perbezaan signifikan juga wujud dalam kebolehan kognitif lisan, kuantitatif dan kebolehan kognitif keseluruhan mengikut pengkhususan akademik. Hasil kajian ini juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan signifikan antara gender dan kebolehan kognitif keseluruhan serta antara pengkhususan akademik dan kebolehan kognitif ruangan. Dari segi hubungan, wujud hubungan positif yang rendah dan signifikan antara kebolehan kognitif lisan dan gender. Bagi kebolehan kognitif kuantitatif, hubungan positif yang lemah dan signifikan didapati. Hubungan negatif yang lemah dan signifikan wujud antara kebolehan kognitif ruangan dan gender. Namun demikian, didapati tidak wujud hubungan signifikan antara kebolehan kognitif keseluruhan dan gender. Terdapat hubungan positif yang lemah dan signifikan antara pengkhususan akademik dan kebolehan kognitif lisan, kebolehan kognitif kuantitatif dan kebolehan kognitif keseluruhan. Tiada hubungan wujud antara pengkhususan akademik dan kebolehan kognitif ruangan. Hasil kajian juga menunjukkan tidak terdapat hubungan antara motivasi intrinsik, persepsi pelajar terhadap penyampaian pengajaran guru dan gaya pembelajaran dengan semua dimensi kebolehan kognitif. Dua faktor, iaitu gender dan pengkhususan akademik didapati mempunyai hubungan dengan kebolehan kognitif pelajar ini, Namun demikian, tiada faktor yang dikaji mempengaruhi kebolehan kognitif keseluruhan pelajar ini. kebolehan kognitifif keseluruhan sederhana.


Download File

[img] Text
FPP_2005_8.pdf

Download (778kB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Doctoral)
Subject: Study and teaching(secondary) - Study skills - Malaysia
Call Number: FPP 2005 8
Chairman Supervisor: Professor Madya Ramlah bt Hamzah, PhD
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Nur Izyan Mohd Zaki
Date Deposited: 14 May 2010 04:05
Last Modified: 30 Oct 2023 03:50
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/6433
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item