UPM Institutional Repository

Kaedah pemupukan semangat patriotisme dalam pengajaran dan pembelajaran dari perspektif mahasiswa


Citation

Ku Samsu, Ku Hasnita and Adnan, Zatul Himmah and Ismail, Mohd Mahadee and Lee, Yok Fee and Ab. Majid, Arfah and Ab. Razak, Ratna Roshida (2016) Kaedah pemupukan semangat patriotisme dalam pengajaran dan pembelajaran dari perspektif mahasiswa. In: Persidangan Pemantapan Citra Kenegaraan 4 (COSNA 4), 13-15 Mac 2016, Kampus Sultan Azlan Shah, Universiti Pendidikan Sultan Idris. (pp. 632-639).

Abstract

Sememangnya proses pemupukan semangat patriotisme melalui pendidikan secara rasmi dalam kalangan rakyat Malaysia telah berlaku semenjak di bangku sekolah tadika lagi. Hal ini berterusan sehingga ke peringkat sekolah rendah, menengah dan institusi pengajian tinggi. Namun, fenomena keterhakisan semangat patriotisme yang semakin meningkat sejak kebelakangan ini telah menimbulkan persoalan tentang kesesuaian kaedah pengajaran dan pembelajaran subjek berelemenkan patriotisme yang telah dilalui oleh rakyat khususnya generasi muda selama ini. Contoh keterhakisan semangat patriotisme tersebut adalah seperti penghinaan terhadap institusi beraja, agama Islam sebagai agama Persekutuan, bahasa kebangsaan, Jalur Gemilang dan lagu kebangsaan. Justeru kajian ini akan meneliti dari peringkat akar-umbi tentang kaedah bersesuaian yang diinginkan oleh mahasiswa untuk memupuk semangat patriotisme mereka. Sehubungan itu, kaedah nominal group technique (NGT) telah digunakan untuk mendapat maklum balas secara langsung dan telus daripada informan yang terdiri daripada para mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Universiti Putra Malaysia (UPM) tentang aspek tersebut. Dapatan kajian memaparkan kaedah pengajaran yang menarik seperti lawatan sambil belajar dan pembelajaran berorientasikan pelajar merupakan kaedah yang paling bersesuaian dan disukai pelajar untuk memupuk semangat patriotisme mereka.


Download File

[img] Text
COSNA-4.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (297kB)

Additional Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Divisions: Faculty of Human Ecology
Publisher: Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris
Keywords: Patriotism; Patriotic education; Students
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 04 Jul 2018 02:23
Last Modified: 04 Jul 2018 02:23
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/64254
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item